Jemputan Menyertai Program Pengisian e-Census Bersama Warga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Secara Webinar Bagi Pelaksanaan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020

 

Pengumuman Daripada: FSSA

Assalamualaikum W.B.T./ Selamat Sejahtera,

YBrs. Prof. Madya Dr./Prof. Madya/Prof./Dr./ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PENGISIAN e-CENSUS BERSAMA WARGA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) SECARA WEBINAR BAGI PELAKSANAAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.     Untuk makluman YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Madya/Prof./Dr./ Tuan/ Puan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melanjutkan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2020 secara atas talian (e-Census) sehingga 21 Disember 2020 berikutan kesan penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda Negara.

 

3.     Justeru itu, bagi meningkatkan lagi kadar respons e-Census terutamanya dikalangan warga IPT yang mempunyai Memorandum of Understanding (MoU) dengan DOSM, pihak kami berhasrat untuk mengadakan Program Pengisian e-Census bersama warga IPT (khususnya yang belum menjawab e-Census). Program yang diadakan ini bertujuan untuk membantu YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Madya/Prof./Dr./ Tuan/ Puan dan kakitangan IPT lain untuk menjawab e-Census sehingga selesai. Program ini akan diadakan secara webinar seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh

:

Pilihan 1 : 26 November 2020 (Khamis)

Pilihan 2 : 30 November 2020 (Isnin)

Masa

:

9.30 pagi - 12.00 tengahari

Tarikh tutup pendaftaran

:

22hb November 2020

Pautan

:

Akan dimaklumkan kemudian

Pendaftaran

:

https://forms.gle/XbiTvM6pLvJFP6oi7

Untuk makluman, pendaftaran ini adalah sebagai rekod pihak urusetia. Bagi peserta yang tidak mempunyai invitation code (IC) [ NG DB BP TK], mohon untuk membuat pra pendaftaran e-Census di pautan yang diberikan selepas submit pendaftaran di google form ini.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.