Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial

 

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Penyertaan Kini Dibuka! | CDAS2025
Simposium Kaunseling dan Penyalahgunaan Dadah 2025
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
 
📍 Universiti Malaysia Sabah | 13 November 2025 (Khamis)
 
🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨
Seruan kepada semua penyelidik, pelajar, kaunselor, pendidik, petugas kesihatan, dan pengamal profesional!
Adakah anda bersedia menjadi sebahagian daripada pergerakan nasional dalam membanteras ketagihan dadah melalui pendekatan kaunseling dan intervensi psikososial?
🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨
 
CDAS2025 menjemput anda untuk:
📌 Menyumbang kertas kerja
📌 Berkongsi hasil kajian & amalan terbaik
📌 Menghadiri sesi forum, ucaptama dan jaringan profesional
📌 Mewujudkan kolaborasi antara sektor pendidikan, kesihatan, komuniti & NGO
 
🎯 Tema 2025:
“Memperkasa Kaunseling dalam Mencegah Ketagihan Dadah”
 
📝 Penghantaran Kertas Penuh:
📅 1 Mei – 30 Oktober 2025
📍Lokasi : Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah
🔗 Serahan atas talian: http://upc.ums.edu.my/e/CDAS2025 
📌 Sila rujuk garis panduan dan templat penulisan di laman web rasmi.
 
💡 Kenapa Anda Perlu Hadir?
✔️Pemceramah jemputan dan forum isu semasa dengan pemimpin sektor pendidikan, kesihatan, keselamatan & NGO dpd panel jemputan
✔️Perbincangan ilmiah lintas disiplin & sektor
✔️ Pendedahan kepada pendekatan kaunseling terkini dan inovatif
 
📢 Jadilah sebahagian daripada platform perubahan nasional!
#CDAS2025 – Bersama Menangani Ketagihan, Memperkasakan Kaunseling.
 
📲 Kongsi, sebarkan & daftar hari ini!
 

#CDAS2025 #UMS #FPP #Kaunseling #PencegahanDadah #SimposiumIlmiah #PenyelidikanKaunseling #Sabah #KotaKinabalu #AADK #KASIH #HospitalMesra #KPM #JKNS #DGSKP #SAPJ #CPDLKM

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik

 

Assalamualaikum wbt. YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, sukacita kiranya YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas Kod QR yang tertera atau pautan di bawah.

Link Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan PPS:
https://bit.ly/pps-soalselidik

Maklum balas YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Buku Laporan Tahunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi Tahun 2023 kini boleh diakses di laman web rasmi UMS atau melalui pautan ini https://www.ums.edu.my/v5/en/general/12770-ums-annual-report .
 
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

🤲 JOM SERTAI USAHA MURNI SUMBANGAN UNTUK FOOD BANK MASJID UMS 🕌
 
Masjid Universiti Malaysia Sabah membuka peluang kepada warga kampus dan orang ramai untuk menyumbang ke Food Bank demi membantu mereka yang memerlukan.
 
Sumbangan yang diperlukan: 
🍜Makanan kering (Makanan segera, oat, biskut)
🥫 Makanan dalam tin
🥤 Minuman segera (3-in-1, teh, kopi)
🍫 Coklat, roti, snek ringan
🧴 Keperluan asas (sabun², ubat gigi, tuala wanita dan lain-lain).
 
📍 serahkan sumbangan anda di Kaunter Food Bank Masjid UMS (berhampiran pintu utama masjid) pada waktu operasi Food Bank atau berhubung terus dengan urusetia.
 
💚 Setiap sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
 
“Barang siapa mempermudah urusan saudaranya, Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
 
📞 Sebarang pertanyaan : Pn. Fazelah 016-8655694 atau En. Ghazali 014-9126809
 
#FoodBankUMS #MasjidUMS #KongsiRezeki #UMSPrihatin #Sedekahjariah