Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
 
Pelawaan penyertaan ahli akademik Universiti Malaysia Sabah dalam Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (AKIPP) Tahun 2025
 
🟣 Tarikh buka penyertaan : 23 Julai 2025 (Rabu)
🔵 Tarikh tutup penyertaan : 14 September 2025 (Ahad)
 
🔖 Kategori Anugerah baharu yang akan dipertandingkan  bermula tahun ini - Anugerah Citra Micro-Credential.
 
Maklumat lanjut kategori anugerah, syarat, senarai semak dan borang penyertaan, Sila rujuk poster dan imbas kod QR  atau klik pautan berikut : 
 
➡️ Syarat dan borang penyertaan AKIPP 2025: https://bit.ly/INFOAKIPP2025
➡️ Penghantaran dokumen AKIPP 2025: https://bit.ly/PENYERTAANAKIPP2025
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
 
Dr. Amer Azlan Abdul Jamal- 0196051076
Pn. Noor Kasyfe Aidi - 0138012121
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa  Jabatan Bendahari, UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Jabatan.
 
Mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik agar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan https://shorturl.at/D9CMR atau imbas kod QR yang tertera.
 
Maklumbalas daripada semua amat kami hargai.
 
Terima kasih kerana berurusan dengan Jabatan Bendahari. 
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Adalah dimaklumkan bahawa bermula 21 Julai 2025, kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) boleh mengemukakan permohonan pengemaskinian gambar profil secara dalam talian melalui HROnline.
 
Sehubungan itu, tatacara permohonan ini ada seperti dalam infografik yang tertera.
 
Perhatian dan Kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Halaman 1 dari 1921