Announcement From: UMS Library

 

You're invited:
ELSEVIER RESEARCH INTEGRITY WEBINAR SERIES IN COLLABORATION WITH MINISTRY OF HIGHER EDUCATION MALAYSIA 
 
Circle the dates on your calendar for this upcoming webinar session:
 
📲 WEBINAR 1 
 The Top 10 Ethical Pitfalls of Well-Intentioned Researchers 
🗓️ 27 August 2024 
🕒 3.00pm - 4.00pm 
Register NOW: https://rb.gy/jypoth 
 
📲 WEBINAR 2 
 GenAI: New Policies, Opportunities and Risks 
🗓️ 17 September 2024 
🕓 4.00pm - 5.00pm 
Register NOW: https://rb.gy/nqoqzl 
 
✅FREE Registration 
 
#Webinar
#IncreasingKnowledge
#UMSLibraryShare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Seperti mana YBrs. Prof./Dr. sedia maklum, program/projek penyelidikan yang telah diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan secara berjadual bagi setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan adalah mengikut perancangan dan pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta pemantauan yang berkesan di peringkat IPT/institusi oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).
 
 
Untuk tujuan tersebut, penghantaran laporan pemantauan bilangan 2 tahun 2024 akan dilaksanakan mulai 1 Ogos 2024 hingga 1 September 2024. Ketua Program/Projek hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan  (data pencapaian sehingga 31 Julai 2024) melalui sistem MyGRANTS dalam tempoh tersebut. Pemantauan laporan prestasi program/projek penyelidikan bil. 2/2024 merangkumi skim geran penyelidikan berikut:
 
(i)
Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sehingga Fasa 1/2023
(ii)
Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 2/2022 hingga Fasa 1/2023
(iii)
Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 hingga Fasa 1/2020
Adalah diingatkan bahawa Ketua Program/Projek yang tidak melengkapkan laporan akhir dalam sistem MyGRANTS tidak dibenarkan untuk memohon mana-mana geran penyelidikan DP KPT sebagai Ketua Program/Projek atau Penyelidik Bersama seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tadbir Urus DP KPT
 
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Pn. Hetty Hazwani Dzulkipli (No. telefon: 013-8852373) atau Encik Afendih Bin Ambrih (No. Telefon: 013-8216167).

 

Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi 

 

Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
 
2.    Sukacita, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan PPST dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah: 
 
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
  
Sekian. 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Pendidikan

 

Surat Jemputan Persidangan International Conference On Rural Education 2024

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan persidangan International Conference on Rural Education (ICRE) 2024 pada 18 September 2024 sehingga 19 September 2024 bertempat di Fakulti       Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.

 

3. Untuk makluman persidangan ini akan diadakan secara fizikal sepanjang dua (2) hari.  Antara topik yang bakal dibincangkan dalam persidangan ini adalah seperti berikut:

 

Language Education

Technical and Vocational Education

Technology in Education

Curriculum and Instruction

Co-curriculum and Learning

Rural Community and Education

Literacy and Numeracy

Arts and Education

Early Childhood Education

STEM Education

Physical Education

Religious Education

Teacher Education

Educational Psychology

Special Education

 

 

4. Sehubungan itu, Sekretariat ICRE 2024 amat berbesar hati mengalu-alukan penyertaan ahli akademik, ahli profesional, penyelidik, pendidik dan pelajar untuk menghantar wakil ke persidangan ini. Kertas kerja persidangan ini berpeluang diterbitkan dalam prosiding e-ISSN. Sila layari laman sesawang https://icre2024ums.my.canva.site/icre-fpp untuk akses maklumat-maklumat terkini ICRE 2024. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan pihak sekretariat persidangan Prof. Madya DrChristina Andin (+601126109515). Sila imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik  didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

📢📢🔊 🔊🔊HEBAHAN KIDNEY RUN FOR CHARITY 2024 🏃🏻‍♀🏃🏼‍♂
 
Jom semua sertai "Larian Kidney Run For Charity 2024"
 
Tarikh: 16 November 2024 (Sabtu)
Masa: 6.30 pagi (Flag Off)
Tempat: Padang Kawad UMS
 
Kategori Larian:
 
Women Open
Women Veteran
Men Open
Men Veteran
 
Jarak Larian:
3 KM
10 KM
 
Yuran Penyertaan:
Early Bird (sehingga 15 September 2024)
 
3 KM: RM65
10 KM: RM75
 
Harga Biasa (pendaftaran terakhir *pada 30 September 2024):
 
3 KM: RM75
10 KM: RM85
 
Pelajar:
3 KM: RM50
10 KM: RM60
 
Pakej Larian termasuk:
1)T-Shirt
2) Bib
3)Medal
 
Hadiah:
 
💸💸🥇🥈🥉Wang tunai untuk tempat pertama hingga ketiga
🎁🎁Hamper untuk tempat keempat hingga kesepuluh bagi kategori 10km
 
Pendaftaran:
Sila daftar menggunakan kod QR yang terdapat pada poster atau hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut.
 
Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan dana bagi pesakit buah pinggang. Jangan lepaskan peluang ini untuk berlari sambil beramal🤗🥰