Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Atur Cara Majlis Amanat Naib Canselor Dan Hari Terbuka UMS 2026
 
PEMAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2026
 
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Amanat Naib Canselor 2026 yang telah dijadualkan pada 12 Februari 2026 (Khamis) akan dipinda ke tarikh baharu seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh : 13 Februari 2025 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Canselor UMS
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama semua Ketua Jabatan agar dapat memaklumkan staf di bawah seliaan masing-masing tentang perkara ini. Berdasarkan kepada surat yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bertarikh 3 Februari 2026, kehadiran kakitangan adalah diwajibkan. 
 
Sekian, terima kasih. 
 
Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah membuka peluang Infak Dapur Rahmah Masjid UMS melalui potongan gaji HR Online UMS.
 
Sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk: 
🍽 Program iftar sepanjang bulan Ramadan
🌙 Iftar Isnin & Khamis
🎟 Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
☕ Sarapan pagi percuma setiap Jumaat & Ahad
🤲 Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
 
📖 Sabda Nabi SAW:
“Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa, baginya pahala seumpamanya.”
(HR al-Tirmizi)
 
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320626
 
Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.
Moga setiap rezeki yang diinfakkan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🤍
 
#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Institut Marin Borneo

 

Bagi menambahbaik penyampaian perkhidmatan di IMB, mohon jasa baik tuan/puan meluangkan sedikit waktu untuk menjawab soalan Kajian Kepuasan Pelanggan dan E-Rating Kaunter IPMB melalui pautan berikut:
 
Kajian Kepuasan Pelanggan
 
 E-Rating Kaunter

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

📣 JOM HADIR! KARNIVAL STEM SIHAT @ MEMBAKUT 🧪🚀🤖
 
Semua dijemput memeriahkan Karnival STEM Sihat @ Mambakut yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
 
📍 Tempat: SK Kg. Brunei, Membakut
🗓 Tarikh: 10 Februari 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi – 1.00 petang
 
✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
🔬 Bengkel Amali Kimia
🤖 Ceramah & Bengkel Robotik (Drone & Arduino)
🍎 Ceramah Sains Makanan
🚀 Pelancaran Roket Air
🧠 DIY STEM Kit Challenge
🎯 Pameran Interaktif
❤️ Saringan Kesihatan
 
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta rakan kolaborasi lain bagi memupuk minat STEM dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan komuniti setempat.
 
🎉 Masuk adalah PERCUMA!
📌 Jangan lepaskan peluang—jumpa anda di sana!

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

📘✨ Program Telaah: The Anxious Generation ✨📘
 
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah menjemput anda menyertai Program Telaah: The Anxious Generation, sebuah perkongsian ilmu yang membincangkan cabaran kesihatan mental generasi masa kini.
 
Program ini akan berlangsung pada 12 Februari 2026 (Khamis), jam 2.00–3.00 petang bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah.
 
Sesi ini akan dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr. Jurry Foo bersama panel Profesor Dr. Murnizam Hj. Halik. Program ini terbuka kepada warga UMS, IPTA, IPTS serta warga sekolah.
 
Ayuh hadir dan bersama-sama kita memahami isu kesihatan mental generasi hari ini.

Halaman 1 dari 2078