Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat 

 

Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Strategik (PPS) sedang menjalankan kaji selidik ringkas bagi mendapatkan pandangan warga UMS terhadap nilai dan identiti universiti yang  mencerminkan budaya, sikap dan aspirasi kita bersama sebagai warga UMS.
 
🗓️ Tarikh tutup: 11 November 2025 (Selasa)
🕒 Tempoh: < 5 minit
 
Mohon jasa baik semua staf akademik dan bukan akademik untuk meluangkan sedikit masa mengisi soal selidik ini. Maklum balas anda amat penting bagi memperkukuh pelaksanaan penjenamaan UMS sebagai “The Brain of Borneo.”
 
👉 Sila klik pautan berikut untuk menjawab:
 
Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan semua. 🙏
 
#UMSTheBrainOfBorneo

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Dimaklumkan bahawa semua kakitangan pentadbiran UMS adalah dijemput untuk menghadiri taklimat seperti ketetapan berikut:
 
Slot 1:
Tarikh: 10 November 2025 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
 
Slot 2:
Tarikh: 11 November 2025 (Selasa)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
 
📍 Secara dalam talian (Webex)
 
Kedua-dua slot merangkumi taklimat yang sama. Staf boleh memilih untuk hadir sama ada Slot 1 atau Slot 2 mengikut kelapangan masing-masing.
 
Kehadiran adalah WAJIB untuk semua kakitangan pentadbiran sahaja.

 
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar
 
 
 
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,
 

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan PNRF melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai. 

 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan pada masa hadapan. 
 
Sila imbas kod QR di atas atau melaui Pautan: https://shorturl.at/lmzBC