Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Salam sejahtera
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan
 
PEMBUKAAN PERMOHONAN PENUBUHAN SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) FASA 2 TAHUN 2025
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Penubuhan Syarikat Pemula (Start-Up) dan Syarikat Terbitan (Spin-Off) (SUSO) bagi Fasa 2 Tahun 2025 kini dibuka kepada semua warga UMS. Permohonan kini dibuka seperti ketetapan berikut:
 
🗓️ Tarikh Buka Permohonan   : 25 Jun 2025 (Rabu)
🗓️ Tarikh Tutup Permohonan  : 23 Julai 2025 (Rabu)
 
6 Hari lagi
 
Permohonan ini adalah terbuka kepada semua warga UMS yang berkelayakkan. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk, Dato’, Datin,  Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan, boleh mengakses atau muat turun BORANG PERMOHONAN pada pautan berikut: https://bit.ly/3Way13z atau dengan mengimbas QR pada poster hebahan. 
 
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
En. Mohd Aiddy Suffian Abd Rashid (Ketua Pentadbiran) | 📱013-581 0910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En. Mixsius Sumpongul | 📱011-5145 4370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
#UMSTHEBRAINOFBORNEO
#PPIPUMS
#InI.UMS
 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

Kami dengan sukacitanya memperkenalkan Laman Facebook Rasmi Baru Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, UMS ! 🎉📚

Di sini, anda akan mendapat:
✅ Info terkini mengenai perkhidmatan perpustakaan
✅ Hebahan program & aktiviti perpustakaan
✅ Tips pembelajaran & sumber rujukan
✅ Maklumat berkaitan waktu operasi & pengumuman penting
 
📍Sertai komuniti pembaca dan pencinta ilmu!

📲 Jangan lupa LikeFollow, dan Kongsi page ini bersama rakan-rakan anda.
 
📚 "Membaca Membina Minda, Ilmu Menjana Wawasan"

#PerpustakaanUMS #UMSLibrary #IlmuUntukSemua

Halaman 1 dari 1917