Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 

 

[HEBAHAN] Pelantikan Klinik Panel Baharu UMS 🏥
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Warga UMS!
 
Ada berita baik untuk rakan-rakan yang tinggal atau sering berulang-alik ke kawasan Tuaran. UMS kini telah melantik Klinik Dr Hasnah sebagai Klinik Panel tambahan yang aktif bermula sekarang!
 
✨ Apa yang menarik?
- Merupakan Klinik Pesakit Luar (GP) yang Mesra Muslimah.
- Lokasi: Pekan Tuaran (Lot 9G, Blok H, Jalan Sungai Damit).
 
🔍 Cara Semak Senarai Klinik Aktif (HROnline):
- Log masuk ke HROnline (melalui Kinabalu Portal).
- Klik menu Klinik Panel (MyHealth).
- Rujuk dashboard Senarai Klinik Panel UMS dan taip lokasi (contoh Tuaran) di ruangan carian.
 
📢 PESANAN PENTING: Sila pastikan anda membawa Kad Pengenalan dan Kad Staf (Fizikal atau Digital) setiap kali ingin mendapatkan rawatan bagi melancarkan urusan pendaftaran di klinik.
 
Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk butiran penuh atau hubungi Sektor Perkhidmatan BPSM di talian 088-329 068 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
 
Sekian, terima kasih.
 
#UMSTHeBRAINofBORNEO 
#CekapCepatTepat

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Dimaklumkan bahawa Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS Press) mempelawa kakitangan UMS yang berminat untuk menyertai PUMS sebagai Penyunting Bebas dan Pereka Grafik Bebas.
 
Kriteria Penyertaan:
 
PENYUNTING BEBAS
 
• Mempunyai kemahiran menyunting naskhah dalam pelbagai genre penerbitan.
• Mempunyai idea, kreativiti dan pengalaman luas dalam bidang penyuntingan.
 
PEREKA GRAFIK BEBAS
 
• Mempunyai kemahiran menggunakan perisian perekaaan buku.
• Mempunyai idea, kreativiti dan pengalaman dalam bidang perekaan.
 
📅 Tarikh tutup penyertaan: 28 Februari 2026 (Sabtu)
📧 Hantar resume ke: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
📞 Sebarang pertanyaan: 014-6777518 (Puan Alecia Angati)
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa terdapat gangguan air di beberapa kawasan berikutan dengan pembaikan paip bawah tanah dari laluan utama masjid ke fakulti kejuruteraan.

Mohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.