Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW) mempelawa warga UMS dan orang ramai untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan khas "UMS" sempena Hari Kaamatan. Kakitangan UMS layak mendapat diskaun sebanyak 30% daripada harga rizab nombor. Jangan lepaskan peluang ini.

Sila imbas kod QR untuk membuat pembelian.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 088-320 000 sambungan 202300 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (KKRFPEP) UMS

 

SEMINAR KKRFPEP No 2/2024
 
YBhg Prof Datuk/ Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan
 
Assalamualaikum WBT. Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (KKRFPEP) UMS akan menganjurkan seminar "Hak Wanita Islam dalam Harta Pusaka’ pada ketetapan berikut: 
 
Tarikh: 29 Mei 2024 (Rabu) 
Masa: 10 pagi - 12 tengahari 
Webex Link: https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m3bc42f2c16935ccc7e6fef6980c83429
 
Penceramah: Puan Hajah Siti Alwiah Daud (Peguam & Konsultan Pengurusan Harta Pusaka) 
 
Seminar ini adalah percuma dan akan diadakan secara dalam talian. Diharap semua dapat hadir bersama, kehadiran semua akan memeriahkan lagi seminar ilmu yang diadakan oleh KKRFPEP. 
 
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi secara langsung dengan: 
Dr. Shaierah Gulabdin (0149515668)
 
Ikhlas daripada, 
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (KKRFPEP) UMS
 
PS: Mata IDP akan diberikan ✅