Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
 
Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut:  
 
"Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun"
 
SUMBER: KOMPILASI HUKUM DAN FATWA BERKAITAN WAKAF, ZAKAT, HAJI & SUMBER AM, JAWHAR
 
📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pusat Islam UMS
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."
 
(At - Taubah 103)
 
#zakatmembawaberkat
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

JOM TUNAIKAN KEWAJIPAN BERZAKAT
 
 Assalamualaikum WBT
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dijemput semua untuk mendapatkan perkhidmatan Taksiran Zakat Penggajian di Kaunter bertempat :
 
Tarikh : 16 Mei 2024 (Khamis)
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Bilik Seminar 5 (BS5) Aras Bawah, Fakulti Psikologi & Pendidikan (FPP) UMS
 
Dokumen yang perlu dibawa?
 
✅ Penyata Gaji Tahunan 2024@
✅ Slip Gaji Terkini
✅ Kad Pengenalan
 
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
 
(Surah An-Nur 24:56)
 
📌Mata IDP disediakan
📌Goodies disediakan
 
Sebarang persoalan, boleh Hubungi :
 
Puan Noorisah Taljid
📞0132855378
Puan Kartini Mail @ Ismail
📞 0198042698
Unit Zakat Sektor Hal Ehwal Islam, PIUMS
 
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMSShare
 

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan, 
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Bersama ini disertakan infografik berkaitan Peningkatan Kualiti Penyampaian Perkhidmatan Yang Berintegriti untuk rujukan dan hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing. 
 
Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Ceriakan hidangan anda! Sayur dan buah berlainan warna membekalkan nutrien dan khasiat yang berbeza. Kali ini, kami kongsikan kebaikan dan kelebihan yang terkandung dalam sayur dan buah berwarna kuning dan oren.  

#NNM2024UMS #fsmpums #nutrition #nutriclub

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.