Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif

 

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. 
 
YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.   Sukacita dimaklumkan, pihak Akademi Seni dan Teknologi Kreatif Universiti Malaysia Sabah berbesar hati ingin menjemput YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan sebagai undangan khas penyertaan The 1st International Of Art, Design & Creative Technology Symposium And Competition 2025 (I-ADCT25), Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah.
 
 
3.   Untuk makluman pihak YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, pihak penganjur juga membuka permohonan kepada yang berminat sebagai juri pertandingan I-ADCT25. Walau bagaimanapun, permohon tersebut adalah tertakluk kepada kesesuaian bidang kepakaran yang dimohon. Jika YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berminat, boleh terus membuat permohonan melalui pautan BORANG PERMOHONAN SEBAGAI JURI PERTANDINGAN I-ADCT25
 
4.    Bersama ini saya sertakan poster pertandingan inovasi sekiranya pihak YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan ingin menjadi peserta dengan kadar harga yuran penyertaan bagi kategori "early bird" yang ditawarkan sehingga 30 Jun 2025 sahaja. Borang penyertaan boleh diisi melalui pautan UNDANGAN KHAS SEBAGAI PESERTA I-ADCT25.
 
Segala perhatian dan kerjasama daripada YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian. 

 

Announcement From: UMS Library

 

 

Exclusive Trial Access: CAB Abstracts & CABI Compendium (Limited Time!)

Dear UMS Faculty, Researchers, and Students,

 

We are excited to announce that Universiti Malaysia Sabah (UMS) has been granted complimentary trial access to two premier research resources:

 

  1. CAB Abstracts– The world’s leading database for agriculture, the environment and applied life sciences, covering agriculture, environment, veterinary sciences, applied economics, leisure tourism, nutrition, aquaculture, forestry and more.
  2. CABI Compendium– Comprehensive online resource offering authoritative information on species, pests and diseases across agriculture, aquaculture and livestock production and the environment.  

 

Trial Access Details:

 

Why Use These Resources?

  • Strengthen your research with peer-reviewed, global scientific content.
  • Ideal for literature reviews, grant proposals, evidence-based research, coursework, theses, and publications in agriculture, applied life sciences & environmental sciences.

 

Don’t Miss Out! This trial ends on July 4, 2025. We encourage you to explore these resources and share your feedback via survey link (https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdNk88KcNDiN6RRvBBi858ktJOUPUuesAcCtZpXr5_2Tbm0TQ/viewform). Your input will help determine future subscriptions.

 
Pengumuman Daripada: Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri
 
 
 
HEBAHAN TAWARAN BIASISWA 2025 DARIPADA KEN FOUNDATION
 
Salam sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Ken Foundation menawarkan biasiswa 2025 kepada pelajar yang berkelayakan mengikut kriteria yang telah ditetapkan seperti dilampiran untuk makluman semua.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung terus dengan pihak Ken Foundation ditalian 03-77279933.
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Surat Hebahan Pelawaan Penulisan Artikel Ilmiah Untuk Penerbitan Journal of Public Security and Safety (JPSS) Bagi Tahun 2025
 
Salam Sejahtera YBrs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) berbesar hati mempelawa ahli akademik dari Universiti Awam seluruh negara untuk menyumbang artikel berkaitan isu keselamatan dan ketenteraman awam, sama ada daripada sudut teori, polisi, kajian lapangan, atau pendekatan strategik bagi penerbitan Journal of Public Security and Safety (JPSS) tahun 2025.
 
Penulisan artikel yang dihasilkan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
i.    Abstrak
ii.   Pendahuluan
iii.  Sorotan Literatur
iv.  Metodologi
v.   Dapatan/Analisa Kajian
vi.  Kesimpulan dan Cadangan
vii. Rujukan
 
Artikel lengkap hendaklah dikemukakan melalui e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya 20 Jun 2025 (Jumaat). Artikel terpilih akan diterbitkan dalam dua (2) siri Journal of Public Security and Safety (JPSS) bagi tahun 2025.
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada:

DSP Nor Azlinda binti Abdul Halim
📞 017-684 2825 | ✉️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak YBrs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan, amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
 
Sekian.