Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data Dan Maklumat (PPDM), UMS

 

PPDM ingin memaklumkan bahawa permohonan data oleh JAFPIB kepada PPDM boleh dilakukan melalui sistem Data Warehouse UMS di pautan berikut : https://dwh.ums.edu.my.

Untuk keterangan lanjut, JAFPIB boleh menyemak Tatacara Permohonan Data dan Manual Pengguna Permohonan Data seperti berikut.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari, UMS

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari telah menyediakan hebahan infografik sebagai ulangkaji kepada pegawai aset JFPIB melaksanakan pengurusan aset mengikut Garis Panduan yang ditetapkan.

 

Berikut merupakan Infografik Tindakan Pegawai Aset Terhadap Tempoh Pendaftaran sebagai rujukan.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Sektor Pengurusan Harta & Risiko di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian. Terima Kasih

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) bersama Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCEIC) akan mengadakan sesi webinar bertajuk “Kepentingan Perlindungan Harta Intelek Dalam Keusahawanan, Penyelidikan, Serta Pengajaran Dan Pembelajaran” dan akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Puan Asmah Khalid , Pemangku Pengarah, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Cawangan Sabah. Sesi webinar ini akan diadakan seperti ketetapan berikut;

 

Tarikh            : 30 Jun 2021 (Rabu)

 

Masa              : 9.00 – 11.00 pagi

 

Kaedah          : Cisco Webex

(https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m8efc5015c2c27f54d550d7a5de045e97)

 

3. Sehubungan itu, pihak PPIP dengan hormatnya menjemput semua kakitangan UMS di Fakulti/Pusat/Institut/Akademi YBrs. Prof./ Dr./Tuan/Puan untuk bersama-sama menyertai sesi webinar tersebut di atas. Bersama jemputan ini dilampirkan poster webinat untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Untuk makluman, khidmat bahasa isyarat juga disediakan.

 

Kesudian YBrs. Prof./ Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri sesi webinar ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.