Pengumuman Daripada: Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan

 

Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan HARI TERBUKA FKAL 2024.
 
Antara pengisian program adalah bagaimana FKAL membantu masyarakat Labuan melalui program Asnafprenuer 1.0 & 2.0; Basmi Miskin Tegar - Initiatif Pendapatan Rakyat (BMT-IPR), Projek UniMADANI; Crowdfunding; Stock Trading Competition (STC); Rakan LOI MOU MOA & RA; Penyelidikan serta penerbitan; temui juga ENAM (6) rakyat tempatan Labuan dgn kelulusan PhD; sesi perkongsian ilmu dengan pihak industri serta jualan hasıl program modul Usahawan FKAL UMS.
 
Anda juga boleh bertanya tentang peluang melanjutkan pengajian diperingkat ijazah dan masters secara separuh masa serta kursus-kursus pendek yang ditawarkan.  
 
Saksikan juga program kemasyarakatan yang dibuat oleh Perwakilan Mahasiswa FKAL
🏫Tarikh: 20 hingga 22 November 2024
🗓️ Masa: 8:30 pagi hingga 4:30 petang
⏰Tempat: Ruang Legar, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan
 
🔊🔊🔊JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE HARI TERBUKA FAKULTI KEWANGAN ANTARABANGSA LABUAN 2024!!!

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

PENDAFTARAN BAGI SIRI 1 SESI JANUARI 2025 DIBUKA SEKARANG
TERBUKA KEPADA SELURUH LAPISAN MASYARAKAT MELEBIHI UMUR 18 TAHUN DAN KEATAS.
 
SIRI 1/2025 - DIBUKA SEHINGGA 31 DISEMBER 2024 !!!
SIRI 2/2025 - PENYERTAAN MASIH DI TUTUP
 
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan, Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH), Pusat Islam UMS telah menawarkan dua sijil kursus iaitu:-
 
1) SIJIL PROFESIONAL PENGURUSAN MASJID (SPPM) - Anjuran bersama JHEAINS
2) SIJIL ASAS PENGAJIAN SYARIAH (SAPS) - Anjuran Pusat Islam UMS
 
Yuran Pengajian: 
1) SPPM = RM420 (Bayaran diterima secara ansur/penuh)
2) SAPS = RM820 (Bayaran diterima secara ansur/penuh)
*Bayaran hanya diterima sehingga tarikh tamat tempoh pengajian SAHAJA.
 
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan URUS SETIA SIJIL SPPM/SAPS:-

SILA SCAN QR UNTUK MENDAFTAR