Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

📢 KELAS LITERASI MAKLUMAT
 
Jom ikuti Kelas Literasi Maklumat untuk tingkatkan pengetahuan dan kemahiran pencarian sumber maklumat anda.
 
⏩ DAFTAR SEKARANG!!
 
ATAU
Imbas Kod QR (dalam Poster)
 
⏩ Sebarang pertanyaan hubungi kami melalui WhatsApp https://wa.me/088320232
atau e-mel terus ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Terima kasih🥰
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

PERMOHONAN PELANTIKAN PAKAR BECRSEKUTU
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Universiti Malaysia Sabah.

PPIP mempelawa individu yang berkelayakan untuk memohon sebagai Pakar Bersekutu PPIP. Pelantikan ini bertujuan bagi menyokong pelaksanaan fungsi teras PPIP serta memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan universiti. Antara peranan utama Pakar Bersekutu ialah:

✅ Membantu PPIP menjalankan fungsi dan mencapai Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) yang ditetapkan oleh pihak universiti.
✅ Membantu PPIP dalam program kesedaran, pembudayaan, dan pemerkasaan inovasi, pengkomersialan, dan perundingan.
✅ Meningkatkan bilangan pemfailan harta intelek, pengkomersialan harta intelek, perundingan, anugerah inovasi, dan penubuhan Syarikat Pemula dan Syarikat Terbitan (SUSO).
✅ Menjadi Kolam Bakat kepimpinan PPIP.

Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan berikut: https://rb.gy/j0ipd2
Atau imbas kod QR yang tertera pada poster.

📅 Tarikh Buka Permohonan: 16 Jun 2025 (Isnin)
📅 Tarikh Tutup Permohonan: 04 Julai 2025 (Jumaat)

Untuk maklumat lanjut berkenaan peranan serta potensi sumbangan sebagai Pakar Bersekutu PPIP, individu yang berminat digalakkan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Layari https://www.ums.edu.my/ppip untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif, program dan aktiviti inovasi serta pengkomersialan yang dilaksanakan oleh PPIP.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)
Universiti Malaysia Sabah
📞 Tel: 088-320000 samb. 214900

En. Mohd Aiddy Suffian Abd. Rashid
📱 Tel: 013-5810910
📧 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Janealee Jonis
📱 Tel: 016-7109700
📧 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

#UMStheBrainofBorneo
#InI.UMS
#ppipums

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENYERTAI SAMBUTAN HARI KESELAMATAN MAKANAN 2025
 
Dengan segala hormatnya, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah ingin menjemput kakitangan, pelajar UMS, industri dan orang awam untuk turut serta memeriahkan Sambutan Hari Keselamatan Makanan 2025 yang akan berlangsung seperti berikut:
 
📅 Tarikh: 24–25 Jun 2025 (Selasa & Rabu)

📍 Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

🤝 Kerjasama: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

🎤 Aktiviti Menarik: Pameran, Sesi Perkongsian Ilmu & Banyak Lagi!
 
Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga kampus serta masyarakat umum terhadap kepentingan keselamatan makanan dalam kehidupan seharian.
Kehadiran dan sokongan daripada pihak YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai bagi menjayakan sambutan ini.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa U-Science, UMS dengan kerjasama Fakulti Sains & Teknologi (FST) akan mengadakan 🎙️ PROGRAM 3S: STEM SPEAKER SERIES 2025 bersempena Kembara Sains Borneo 2025, dengan butiran seperti berikut:
 
📔 Tajuk: Kerjaya STEM: Antara Minat Dan Cabaran
 
🧑‍🏫 Speaker : Nur Alysa binti Shuhaimi- Fakulti Sains & Teknologi
                     : Jenney Joniu- Fakulti Sains & Teknologi
                     : Faezatul Azah binti Mohamed Sharuddin- Fakulti Sains & Teknologi
 
🗓️ Tarikh: 15 Jun 2025
⌚ Masa: 9.00 Pagi
🔗 Pautan YouTube:
 
🆓 Penyertaan adalah PERCUMA
📚 E-Sijil akan diberikan kepada semua peserta
🧑‍🤝‍🧑 Terbuka kepada pentadbir, guru, ibu bapa dan murid
 
🌺 Jangan lepaskan peluang ini—jom sama-sama sertai kami!
 

Halaman 1 dari 1889