Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PAUTAN PERMOHONAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK
 
Dimaklumkan bahawa pautan permohonan perlindungan Harta Intelek akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses migrasi data oleh Jabatan Digital seperti ketetapan berikut:
📅 29 Mei 2025 (Khamis)
 
Segala kesulitan yang mungkin timbul amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

PELANJUTAN TARIKH PENGHANTARAN PERMOHONAN AAN 2025
 
Permohonan Anugerah Akademik Negara (AAN) 2025 telah dibuka pada 7 April 2025 hingga 5 Jun 2025.
 
Dimaklumkan bahawa penghantaran permohonan penyertaan kepada pihak PPKA, UMS dilanjutkan sehingga 1 Jun 2025 [Sabtu] untuk tujuan rekod dan semakan. 
 
Penyertaan tersebut akan dimajukan oleh pihak PPKA kepada pihak AAN MOHE. Sebarang makluman lanjut boleh berhubung dengan Dr. Amer Azlan (+60196051076). 
 
Borang permohonan : https://spaka.mohe.gov.my
 
#AAN2025
#UMStheBrainofBorneo

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA LEMBAGA TABUNG HAJI IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Sukacitanya Pusat Islam mewakili pihak Universiti Malaysia Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi yang menyumbang kepada bantuan zakat pelajar asnaf UMS iaitu Lembaga Tabung Haji.
 
Semoga agihan sumbangan CSR zakat ini mampu meringankan bebanan pelajar dan membantu membangunkan taraf ekonomi asnaf UMS.
 
#zakatmembawaberkat
#membangunbersamaasnaf
#UMSshare