Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar
 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Tuan/Puan/Encik/Cik,
 
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang melaksanakan dua inisiatif kebajikan bersempena usaha membantu kebajikan pelajar, iaitu:
  1. Program Sumbangan Dapur Siswa UMS
    Program ini diwujudkan bagi membantu pelajar yang memerlukan dengan menyediakan bekalan makanan asas di kolej kediaman. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan yang disediakan atau dengan mengimbas kod QR dalam poster rasmi kempen.
  2. Kempen “1 Staf 1 Kampit Beras”
    Kempen ini menggalakkan setiap staf UMS untuk menyalurkan sumbangan berupa sekampit beras atau sumbangan tunai bagi tujuan pengisian Dapur Siswa. Sumbangan kecil anda amat bermakna dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.
📍 Cara Menyumbang:
Sumbangan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
🔗 https://epayment.ums.edu.my/DapurSiswa.aspx 
Atau melalui kod QR yang disediakan di poster hebahan rasmi.
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
📧 Encik Edwin Lumbating
📞 011-31422259 (Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar)
 
Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda.

Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, amat besar ertinya bagi membantu kesejahteraan pelajar UMS.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

 

📚✨ Bas Percuma ke PBAKK 2025! ✨📚
 
Hai pelajar UMS! 🥳
Bas ke Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2025 sudah tersedia untuk korang ke SICC 🚍💨
 
📅 15–16 November 2025 (Sabtu–Ahad)
🕙 10.00 pagi – 7.30 malam
📍Rujuk jadual yang tertera untuk maklumat tempat menunggu & masa perjalanan ya!
 
Jom ramai-ramai ke pesta buku paling meriah tahun ni! 😍📖
 
.
LIKE | FOLLOW | SHARE
 
Ikuti laman sosial rasmi PUMS,
Facebook: Penerbit UMS (Official)
Instagram: @penerbit_ums
 
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainOfBorneo 
#LeadingTowardsInnovativeSocieties 
#UMSBertekadCemerlang 
#UMSPress

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Pusat Jaminan Kualiti (CQA) akan menganjurkan kursus Designing Effective Assessments For Future-Ready Higher Education Programmes pada 24 -25 Oktober 2025.
 
Penyertaan adalah dari kalangan Penyelarasan Jaminan Kualiti Akademik FPIA dengan objektif utama untuk memperkasa kaedah dan strategi penilaian Jaminan Kualiti Akademik dan Akreditasi UMS, seiring dengan amalan piawaian berorientasikan masa hadapan.

 

Announcement From: Hospital UMS

 

HUMSPharma Catalogue
Vivify
 
✨🪔 Happy Deepavali 2025 from HUMSPharma! 🪔✨

Let’s celebrate the Festival of Lights with joy, prosperity & togetherness! 🌟
Don’t miss out — check out our new items and restock today! 🛍️💫 
Order easily and securely through our link 👇
 
👉 Order Now