PENGUMUMAN DARIPADA  :  BAHAGIAN KESELAMATAN
SUBJEK  :  PERINGATAN KESELAMATAN
 
PERINGATAN KESELAMATAN
 
Sempena dengan cuti umum hari wesak pada 29 mei 2018 dan pesta kaamataan pada 30 & 31 mei 2018, semua warga universiti (kakitangan dan pelajar) adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh cuti umum tersebut.
 
Antara langkah yang perlu adalah seperti berikut :
 
  1. Memastikan pintu-pintu bilik dan pejabat dikunci sebelum meninggalkan bilik atau pejabat.
  2. Simpan barang-barang berharga di tempat yang selamat dan berkunci.
  3. Sila maklumkan bahagian keselamatan sekiranya anda meninggalkan kenderaan di dalam kawasan universiti untuk tujuan pemantauan. Untuk makluman, bahagian keselamatan juga menyediakan perkhidmatan bagi meletakkan kenderaan di kawasan parkir pejabat keselamatan.
  4. Laporkan dengan kadar segera kepada pihak keselamatan sekiranya anda terlihat atau mengesyaki terdapat aktiviti jenayah / orang yang mencurigakan di dalam kawasan kampus
  5. Anda boleh datang terus ke pejabat keselamatan atau menghubungi pihak keselamatan di talian 088-320111
 
Kerjasama dan tindakan semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PERSATUAN STAF AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PSAUMS)
SUBJEK: MESYUARAT AGUNG PSAUMS
 

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN STAF AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PSAUMS)

 

Kepada:
 
Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik
 
Dengan ini diumumkan bahawa Mesyuarat Agung Kedua Persatuan Staf Akademik UMS akan diadakan pada 6hb Jun 2018 bersamaan hari Rabu, jam 8:30 pagi bertempat di Mini Auditorium Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS. Untuk menyertai mesyuarat, Yg.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik perlu mempunyai keahlian yang aktif atau mendaftar keahlian Persatuan.
 
Bersama-sama ini disertakan borang keahlian, agenda mesyuarat, borang cadangan usul untuk tindakan Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik selanjutnya. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik dipohon untuk memberikan maklumbalas sebelum atau pada 29 Mei 2018 (SELASA) melalui email Setiausaha Agung Persatuan di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
 
Kehadiran dan kerjasama Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik dalam menjayakan Mesyuarat ini amat kami hargai.
 
Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Presiden PSAUMS
  3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung
  4. Perkara-perkara Berbangkit
  5. Pembentangan laporan Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat
  6. Pembubaran Jawatankuasa Eksekutif PSAUMS Sesi 2016-2018
  7. Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Sesi 2018-2020.
  8. Ucapan Presiden Baharu
  9. Pembentangan dan Perbahasan Usul
  10. Penangguhan Mesyuarat.
 
Sekian dimaklumkan.