PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR, UMS
SUBJEK: PENGESAHAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2017
 
Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Majlis Amanat Naib Canselor UMS 2017 pada ketetapan seperti berikut:
 
                                    Tarikh             : 7 Mac 2017 (Selasa)
                                    Masa               : 7.30 Pagi – 12.00 Tengahari
                                    Tempat           : Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2
                                               
Sehubungan itu, Y.Bhg.Datuk/Prof./Tuan/Puan adalah dijemput bagi menghadiri majlis tersebut. Y.Bhg. Datuk/Prof./Tuan/Puan dikehendaki membuat pengesahan kehadiran sama ada melalui Google Form, emel atau faks kepada pihak Urusetia sebelum atau pada 6 Mac 2017 (Isnin).
 
Untuk makluman, kehadiran semua kakitangan UMS ke majlis tersebut adalah diwajibkan. Bagi kakitangan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Fakulti Pertanian Lestari (FPL) dan Kampus Sikuati, Kudat, majlis tersebut boleh diikuti menerusi video conference di lokasi seperti berikut:
 
Bil
Kampus
Lokasi
1
Kampus Antarabangsa Labuan (KAL)
Dewan Kuliah, Podium D dan E
2
Fakulti Pertanian Lestari (FPL)
Dewan Serbaguna, FPL
3
Kampus Sikuati, Kudat
Bilik Tutorial 2
 
Bersama ini dilampirkan aturcara majlis dan Borang Pengesahan Kehadiran untuk rujukan dan tindakan selanjutnya Y.Bhg. Datuk/Prof./Tuan/Puan .
 
Segala perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Datuk/Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Klik pautan di bawah untuk pengesahan kehadiran melalui Google Form

https://goo.gl/forms/YkhoAnvSqC51tCiU2

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PEMAKLUMAN PELANTIKAN BULAN FEBRUARI 2017
 
BIL
NAMA
PELANTIKAN
TEMPOH PELANTIKAN
1.
PROF. IR DR. ABDUL KARIM MIRASA
PELANTIKAN SEBAGAI DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN
01 FEBRUARI 2017 HINGGA 31 JANUARI 2018
(1 TAHUN)
2.
PROF. DR. BABA MUSTA
PELANJUTAN TEMPOH LANTIKAN SEBAGAI DEKAN FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM
27 FEBRUARI 2017 HINGGA 26 FEBRUARI 2020
(3 TAHUN)

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI), PENDAFTAR DAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ingin mempelawa kakitangan di Universiti Tuan/ Puan yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pendaftar dan Pegawai Undang-Undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan perkara tersebut. Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 Mac 2017 (Rabu).

Pengumuman Daripada
: Pusat Sukan UMS
Subjek
: Jemputan Menyertai Larian Staf Universiti Malaysia Sabah 2017
 
Maklumat program adalah seperti berikut;
Tarikh
: 01 Mac 2017
Masa
: 4.15 Petang
Tempat
: Dataran Dewan Canselor, UMS
 
Pegawai dihubungi : 
1. En. Azman Soaibah (016-8207479/ext:3589)
2. En. Ramlan Muhammad Rashid (014-8926342/ext:3588)