Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC) 

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
CEDeC menjemput staf akademik & bukan akademik untuk disenaraikan sebagai Tenaga Pengajar Keusahawanan UMS 
 
Kriteria:
✅ Mempunyai pengiktirafan atau kelayakan dalam bidang keusahawanan, pengurusan perniagaan atau perdagangan (contoh: sijil, Latihan atau kelulusan berkaitan)
✅ Memberi sumbangan sebagai mentor kepada pelajar/ komuniti atau pengajar dalam bidang ini
 
 
Maklumat ini penting bagi pelaporan rasmi & penambahbaikan ekosistem keusahawanan UMS.
 
Terima kasih atas kerjasama!
 
– CEDeC UMS
 
#CEDECums #UniversitiMalaysiaSabah #UMS

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar

 

IKLAN JAWATAN
JURULATIH/ DEMONSTRATOR SAMBILAN
KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
SESI 2025/ 2026
 
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi kursus kokurikulum berkredit yang disenaraikan dalam komponen seperti berikut (rujuk jadual mengikut komponen):
·         Komponen Kepimpinan dan Kemasyarakatan (2 atau 3 jam kredit) 
·         Komponen Kebudayaan dan Kesenian (2 atau 3 jam kredit) 
·         Komponen Sukan dan Rekreasi (2 atau 3 jam kredit) 
·         Komponen Bisnes, Agrotek dan Teknologi (2 atau 3 jam kredit) 
 
Kod lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut (bertanda √ dalam jadual):
·         BKI: Kampus Induk (Kota Kinabalu)
·         LBU: Kampus Antarabangsa Labuan
·         SDK: Kampus Sandakan
 
Untuk permohonan dan maklumat lanjut sila layari laman sesawang https://www.ums.edu.my/pkppv2/index.php/ms/jawatan-kosong
 
TARIKH TUTUP: 10 OGOS 2025 (AHAD) (SEBELUM JAM 12.00 TENGAH MALAM)

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial

 

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Penyertaan Kini Dibuka! | CDAS2025
Simposium Kaunseling dan Penyalahgunaan Dadah 2025
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
 
📍 Universiti Malaysia Sabah | 13 November 2025 (Khamis)
 
🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨
Seruan kepada semua penyelidik, pelajar, kaunselor, pendidik, petugas kesihatan, dan pengamal profesional!
Adakah anda bersedia menjadi sebahagian daripada pergerakan nasional dalam membanteras ketagihan dadah melalui pendekatan kaunseling dan intervensi psikososial?
🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨
 
CDAS2025 menjemput anda untuk:
📌 Menyumbang kertas kerja
📌 Berkongsi hasil kajian & amalan terbaik
📌 Menghadiri sesi forum, ucaptama dan jaringan profesional
📌 Mewujudkan kolaborasi antara sektor pendidikan, kesihatan, komuniti & NGO
 
🎯 Tema 2025:
“Memperkasa Kaunseling dalam Mencegah Ketagihan Dadah”
 
 
📝 Penghantaran Kertas Penuh:
📅 1 Mei – 30 Oktober 2025
📍Lokasi : Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah
🔗 Serahan atas talian: http://upc.ums.edu.my/e/CDAS2025 
📌 Sila rujuk garis panduan dan templat penulisan di laman web rasmi.
 
💡 Kenapa Anda Perlu Hadir?
✔️Pemceramah jemputan dan forum isu semasa dengan pemimpin sektor pendidikan, kesihatan, keselamatan & NGO dpd panel jemputan
✔️Perbincangan ilmiah lintas disiplin & sektor
✔️ Pendedahan kepada pendekatan kaunseling terkini dan inovatif
 
📢 Jadilah sebahagian daripada platform perubahan nasional!
#CDAS2025 – Bersama Menangani Ketagihan, Memperkasakan Kaunseling.
 
📲 Kongsi, sebarkan & daftar hari ini!
 
#CDAS2025 #UMS #FPP #Kaunseling #PencegahanDadah #SimposiumIlmiah #PenyelidikanKaunseling #Sabah #KotaKinabalu #AADK #KASIH #HospitalMesra #KPM #JKNS #DGSKP #SAPJ #CPDLKM

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Surat Pembukaan Permohonan Projek Public Private Research Network (PPRN 2.0) Fasa 3 Bagi Tahun 2025
Garis Panduan PPRN 2.0 (Pindaan 2025)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 (PPRN 2.0) FASA 3 BAGI TAHUN 2025
 
YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr., 
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan akan membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN 2.0) bagi Fasa 3/2025. Maklumat pembukaan permohonan adalah seperti berikut:
 
Takwim Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 3 Tahun 2025
Tarikh Pembukaan Permohonan
24 Julai 2025 (Khamis)
Tarikh Tutup Permohonan
24 Ogos 2025 (Ahad)
 
3.         Susulan itu, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) memohon jasa baik dan kerjasama
YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada semua penyelidik F/A/P/I masing-masing. Permohonan projek adalah menerusi sistem ePPRN yang boleh diakses melalui pautan  https://epprn.mohe.gov.my/.
 
4.         Sehubungan itu, dilampirkan adalah Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Public-Private Research Network – PPRN) 2.0 (Bilangan 1 Tahun 2025) untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat PPRN melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perhatian dan kerjasama yang diberikan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
           
Sekian.