Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

KEMPEN INFAK DAPUR RAHMAH 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
Mari bersama-sama menyemarakkan amalan infak dengan menyumbang melalui potongan gaji HR Online bagi menyokong Dapur Rahmah Pusat Islam UMS.
Sumbangan anda akan digunakan untuk:
* Program iftar (berbuka puasa) sepanjang bulan Ramadan
* Iftar Isnin & Khamis
* Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
* Sarapan pagi percuma setiap Jumaat & Minggu
* Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
 
📖 Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah…”
(Riwayat Muslim)
 
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320626
 
 Semoga setiap infak menjadi saham akhirat dan membawa keberkatan buat kita semua.
 
#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

✨ZAKAT MENYUCIKAN HARTA DAN MEMBERSIHKAN JIWA✨
 
Ia bukan sekadar kewajipan, malah satu ibadah yang membawa keberkatan, ketenangan dan kesejahteraan hidup.
 
Marilah kita bersama-sama menunaikan zakat harta bagi seluruh warga Muslim Universiti Malaysia Sabah melalui kaunter Zakat Pusat Islam UMS, sebagai usaha membantu golongan asnaf dan memperkukuh kesejahteraan ummah.
 
Zakat ditunaikan, harta diberkati, jiwa disucikan.
 
KUNJUNGI PERKHIDMATAN KAUNTER KAMI;
 
📍 Kaunter Zakat Pusat Islam UMS | Tingkat 1, Pejabat Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
🕘 Isnin – Jumaat | 9:00 pagi – 3:00 petang
 
ATAU SECARA DALAM TALIAN HRONLINE (KAKITANGAN UMS)
 
🔗 Daftar/Kemaskini Zakat Penggajian anda sekarang melalui HR Online UMS!
🖱 Menu ➝ Pusat Islam UMS ➝ Zakat Penggajian
🌍 [https://registrar.ums.edu.my]
 
Sebarang persoalan, sila hubungi:-
UNIT ZAKAT, PUSAT ISLAM UMS
Di talian Hotline Pusat Islam:-
 
☎️Directline : 088-320 624
📧Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
📞Pn. Noorisah 0132855378
📞Pn. Kartini 0198042698
📞Cik. Noorfazlina 0138085856
 
#membangunbersamaasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMStheBrainOfBorneo 
#UniversitiMalaysiaSabah 
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

✨ KELAS PENGAJIAN AL-QURAN & IQRA' 2026 ✨
(Khas untuk kakitangan UMS dan Orang Awam)

Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah dengan Kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FIS) menjemput dan mempelawa sesiapa yang berminat untuk membaca dan memperbaiki bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim secara praktikal melalui Kelas Pengajian Al-Quran dan Iqra'. Program ini terbuka kepada kakitangan UMS dan Orang Awam.

🗓 Hari Pilihan: Selasa dan Khamis/Sabtu dan Ahad
⏰ Masa Pilihan: 1.00 PM - 2.00 PM /8.00 PM - 9.00 PM
📍 Tempat: Secara Dalam Talian

💵 Yuran: RM50 (Pendaftaran), RM50 (Bulanan)

💡Kelebihan:
- E-Sijil disediakan
- MyIDP point disediakan (Kakitangan UMS)
- Tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman

📌 DAFTAR SEKARANG📌

🔗 Link Pendaftaran: https://forms.gle/19SEysX6PSdWmioV6

Sebarang pertanyaan, hubungi:
http://www.wasap.my/60168655694 (Ustazah Fazelah)
http://www.wasap.my/60149126809 (Ustaz Ghazali)

#jomngajiquran
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS yang berstatus aktif WAJIB mengisi LNPT bagi tahun 2025.
 
Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Penilai Rakan Sekerja (PEER) dapat menyelesaikan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bersama ini dilampirkan Takwim Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun Penilaian 2025 untuk rujukan.
 
Sekian, harap maklum.
 
Pegawai dihubungi:
 
Pn. Carrie Grace Jaymess (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Akademik - Pn. Sabiah Bansai (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pentadbiran - Cik Izzaziatulizna Rahmat (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan terhadap perkhidmatan kami.
 
Bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pihak kami sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan. Justeru itu, kami amat menghargai sekiranya YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik ini.
 
Soal selidik boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera di poster atau melalui pautan berikut:
 
 
Segala maklum balas yang diterima akan digunakan sebagai asas penting dalam menambah baik mutu dan keberkesanan perkhidmatan kami.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 

Halaman 1 dari 2052