Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
HEBAHAN PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5 TAHUN 2025 - GARIS PANDUAN PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS (BEKALAN DAN PERKHIDMATAN) DAN LANTIKAN TERUS (KERJA-KERJA) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DAN BILANGAN 6 TAHUN 2025 - TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2026
 
Tuan/Puan
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Bersama ini dilampirkan poster berkaitan Pekeliling Bendahari Bil. 5 Tahun 2025 - Garis Panduan Perolehan Pembelian Terus (Bekalan dan Perkhidmatan) dan Lantikan Terus (Kerja-Kerja) Di Universiti Malaysia Sabah dan Pekeliling Bendahari Bil. 6 Tahun 2025 - Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 2026 untuk tujuan hebahan kepada semua PTJ. Pekeliling ini juga boleh dicapai melalui pautan berikut:
 
 
 
Kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

 

Announcement From: Hospital UMS

 

HUMSPHARMA Year End Sales 2025 Catalogue
Vivify

 

Celebrate the holiday season with HUMSPharma’s Year-End Sale and share the gift of health with your loved ones! Enjoy up to 15% off on supplements, kids’ gummies, and mobility aids. Give wellness this festive season and spread the joy of good health!
 
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kejuruteraan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan FKJ, dimohon YBhg. Datuk/Prof./Sr./Ir./Ts./Dr./tuan/puan untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan atau imbas kod QR seperti berikut:
 
Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini adalah amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Aturcara Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat UMS
 
SAMBUTAN AMBANG TAHUN BAHARU 2026 PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)✨
 
Universiti Malaysia Sabah dengan penuh sukacita menjemput seluruh warga Universiti Malaysia Sabah untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Universiti Malaysia Sabah, sebagai tanda kesyukuran serta permulaan langkah baharu dalam memperkukuh komitmen warga universiti ke arah kecemerlangan berterusan.
 
Butiran Program:
🗓 Tarikh: 31 Disember 2025 (Rabu)
⏰Masa: 10.00 malam
📍Tempat: Pantai Kemudi Ilmu @ ODEC, Universiti Malaysia Sabah
 
🌟 Tetamu Kehormat:
Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, JP
Naib Canselor
Universiti Malaysia Sabah
 
Program ini merupakan acara rasmi peringkat universiti yang bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan, perpaduan dan jati diri warga UMS dalam suasana santai, berhemah dan bermakna.  Dilampirkan bersama atur cara program untuk rujukan selanjutnya.
 
📣 SELURUH WARGA UMS DIJEMPUT HADIR
Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan dihargai.
 
#AmbangTahunBaharu2026
#PeringkatUMS
#WargaUMS
#UMSTheBRAINofBORNEO
#MalaysiaMADANI