Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

PROGRAM BACK 2 SCHOOL 2025 📚📔🎒
 
Terbuka kepada anak-anak asnaf kakitangan Muslim UMS yang memerlukan bantuan persekolahan anak
 
📍 Tarikh permohonan dibuka 3 - 7 Februari 2025
 
- Terbuka kepada anak-anak kakitangan Muslim UMS yang berumur 7-17 tahun sahaja
- Keutamaan akan diberikan kepada golongan asnaf kakitangan UMS
- Bantuan disalurkan dalam bentuk peralatan sekolah bernilai RM 200 seorang (terhad 2 orang anak setiap keluarga)
 
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
 
#B2SUMS
#PIUMS
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo 

 

Institut Penyelidikan Marin Borneo akan mengadakan "Bengkel Pembenihan Udang Galah Siri 1/2025" pada 27-28 Februari 2025 (Khamis - Jumaat).
 
𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 RM600 bagi peserta luar.
Promosi istimewa yuran pendaftaran hanya RM450 sahaja bagi kakitangan dan pelajar UMS.
 
Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Pn Deidre di talian 0167733889.
 
Pautan borang pendaftaran:
 
Tarikh tutup pendaftaran: 24 Februari 2025 (Isnin).
 
𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙 kepada 20 orang sahaja, jangan lepaskan peluang ini!
 
Universiti Malaysia Sabah
#bmrihicoe
#bmrihicoetraining
#BMRI

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 8 Februari 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
Yuran: RM50.00 sahaja
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran: 
 
Sekian, terima kasih.