Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Dimaklumkan bahawa pihak CABI dengan kerjasama Perpustakaan Fakulti Pertanian Lestari UMS Kampus Sandakan menjemput YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program Webinar secara atas  talian yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 20 Mei 2025 (Selasa)

Masa : 9.00pagi - 11.00pagi

Penceramah : Ms. Lai Wai Ching, CABI Regional Sales Manager

Pautan: https://bit.ly/44zzjKv (Webex Online)

Pautan pendaftaran : Daftar Sini

 

Semua warga UMS adalah dijemput hadir. Mata IDP akan diberikan. 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan prestasi kami dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan itu, mohon jasa baik Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan dibawah :
 
 
Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

🎉 PERTANDINGAN IDEA TERBESAR KEMBALI LAGI! 🎉
💡 IdeaVault – Festival Idea Putrajaya 2025 kini dibuka untuk penyertaan!

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyeru seluruh warga kampus dan rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan idea paling berprestij tahun ini!
Adakah anda mempunyai idea inovatif yang mampu mencorak masa depan negara? Ini peluang anda untuk menonjol! 🌟

📌 Tarikh Penyertaan Dibuka: 2 Januari 2025
📌 Tarikh Tutup Penyertaan: 30 Mei 2025

🏆 Hadiah Menanti Anda!
🥇 Johan: RM 2,000 + Trofi + Sijil
🥈 Naib Johan: RM 1,000 + Trofi + Sijil
🥉 Tempat Ketiga: RM 500 + Trofi + Sijil
🎁 100 hadiah saguhati RM 100 untuk peserta pitching terbaik pada November 2025!

📚 Kategori Penyertaan:
✔️ Profesional & Intelektual
✔️ Pelajar IPT, Politeknik, Kolej
✔️ Pelajar Sekolah Menengah
✔️ Pelajar Sekolah Rendah
✔️ Orang Awam

🎯 Bidang Tumpuan:
🔹 Teknologi & Inovasi
🔹 Ekonomi & Keusahawanan
🔹 Perubatan & Kesihatan
🔹 Gaya Hidup & Pendidikan

💻 Sertai sekarang di:
🌐 putrajayafoi.mohe.gov.my 
🌐 ideavault.mohe.gov.my
📲 Imbas kod QR pada poster untuk info lanjut!

#UMStheBrainofBorneo #InI.UMS #ppipums

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

 

📣 JEMPUTAN MENYERTAI IBADAH KORBAN 1446H / 2025M  

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
 
Adalah dimaklumkan bahawa penyertaan ibadah korban masih dibuka, dan hanya tinggal 4 ekor sembelihan sahaja lagi yang masih belum dipenuhi. YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang berhasrat menyertai ibadah korban tahun ini agar mendaftar sebelum 5 Jun 2025 (Khamis). Solat Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan diadakan pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
SOLAT HARI RAYA AIDILADHA:
🗓️ Tarikh: 7 Jun 2025 (Sabtu)  
🕘 Masa: 7.30 pagi  
📍 Tempat: Masjid UMS
 
PELAKSAAN IBADAH KORBAN:
Tarikh: 9 Jun 2025 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pusat Islam UMS
 
🔗 Borang Penyertaan:  
 
📌 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:  
📞 En. Binik – 013-872 8323 / 019-873 7704
 
 Beribadah sambil menyantuni, semoga korban kita diterima Ilahi.
 
#UMSShare
#PIUMS