Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) mempelawa orang ramai untuk membeli Nombor Plat UMS dan berpeluang menikmati diskaun sebanyak 30% Sempena Ulang Tahun Ke-30 Universiti Malaysia Sabah.

Jangan lepaskan peluang hebat ini. Promosi dilanjutkan sehingga 6 Disember 2024.

Maklumat lanjut, sila imbas kod QR disediakan.

Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari

 

HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN (PENGAMBILAN KEDUA) MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA DAN PROGRAM DAYCARE PUSAT MINDA LESTARI, UMS KOTA KINABALU BAGI TAHUN 2025

Salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa kakitangan dan bukan kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang berminat untuk menghantar anak bagi mengikuti program yang ditawarkan di Pusat Minda Lestari, UMS Kota Kinabalu.

  1. Tarikh permohonan dibuka bermula pada 02 Disember sehingga 06 Disember 202 Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam poster iklan yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 088-320000 sambungan 202602/202600.

Sekian, terima kasih.

PUSAT MINDA LESTARI

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

TAHUKAH ANDA ❓❓
 
TIDAK banyak negara yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, undang-undang negara ini menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.
 
Akta berkenaan menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”.
 
Oleh itu, potongan cukai berjadual (PCB) boleh ditukar kepada potongan zakat berjadual tanpa melibatkan komitmen tambahan pencarum.
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara dalam talian, Sila hubungi:
 
Encik Malik Hanafi (https://wa.me/60168264760)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)