| PENGUMUMAN DARIPADA | : JABATAN PENDAFTAR | 
| SUBJEK | : MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR (MAP) 2016 | 
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera
Tuan/ Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR (MAP) 2016
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Aspirasi Pendaftar akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 8 April 2016 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Resital, FKSW
3.   Sehubungan itu, SEMUA PEGAWAI PENTADBIRAN & IKHTISAS SERTA PELAKSANA adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Bersama ini dilampirkan aturcara majlis untuk rujukan Tuan/Puan. 
4.   Untuk makluman, Mata IDP akan diberikan dan perkhidmatan video konferens untuk menghubungkan Kampus Sandakan dan Kampus Labuan kepada Kampus Induk akan disediakan.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.