Pengumuman Daripada: Pusat Pendidikan Fleksibel UMS (UMSFLEC)

 

Sukacita adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendidikan Tinggi (surat rujukan JPT(A)1000/021/006/06(36)) pada 21 Februari 2024 telah mengesahkan penjenamaan semula Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) kepada Pusat Pendidikan Fleksibel Universiti Malaysia Sabah (UMSFLEC)Sehubungan itu, sebarang urusan dengan PLUMS hendaklah menggunakan nama baharu seperti yang dinyatakan di atas. Maklumat lanjut sila berhubung terus dengan UMSFLEC di alamat berikut:

 

Pengarah

Pusat Pendidikan Fleksibel

Universiti Malaysia Sabah (UMSFLEC)

Aras 1, Pusat Pengajian Pascasiswazah,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel    : 088-329380

Emel  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Kerjasama dan perhatian tuan/puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan Jabatan Perpustakaan ingin menjemput semua warga UMS untuk menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit dengan tema “Pembacaan Melestarikan Perpaduan” yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: 

🗓️ Tarikh : 23 April 2024 (Selasa)
⏰ 
Masa : 11.00 -11.10 pagi

📍 Tempat : Organisasi masing-masing 


Borang penyertaan anda pada pautan berikut:

https://shorturl.at/dtvW3

Promosi ada pada pautan berikut:

https://www.facebook.com/UMSlibrary.official/videos/448009021009354

 

Penyertaan boleh dihantar sebelum jam 12.00 am ( 11.59pm) pada hari yang sama...

 

Pelbagai Hadiah Boleh dimenangi!!!

Jom Sertai Kami...

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :-

 

Encik Rudiman Bin Juri (0138682978)- Perpustakaan UMS Induk

Encik Hanley Muslim (0135493770)-Perpustakaan UMS medik

Encik Mohd Azrie Bin Sugianto (0178959577) – Perpustakaan UMSKAL

Encik Zuffary Bin Ahmad (0177311012) - Perpustakaan UMS Kampus Sandakan

Cik Hezwyne Robert (0162256471)- MPPUMS

 

Terima kasih😀

 

#JomBaca2024

#MalaysiaMembaca

#SabahMembaca

 

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni

 

 

JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI  ‎'Raya! Rayakan Alumni'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni bersama Pertubuhan Alumni UMS dan Chapter Alumni Fakulti akan mengadakan Majlis Hari Raya, Raya! Rayakan Alumni seperti ketetapan berikut:   

🗓TARIKH :  30 April 2024 (Selasa) 

⏰MASA : 11pagi - 2 petang

🏠TEMPAT : Dataran Dewan Canselor UMS

 

Oleh yang demikian pihak kami berbesar hati menjemput Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik ke majlis ini. Semoga dengan kehadiran Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik dapat memeriahkan lagi rumah terbuka raya kami yang akan berlangsung nanti.  

 

Semua di jemput hadir.