Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Salam Sejahtera,

 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs Prof/ Dr./Tuan/Puan dijemput untuk hadir ke INFECTION CONTROL TALK SERIES BIL. 3/2025 anjuran Unit Pencegahan dan Kawalan Infeksi HUMS pada ketetapan berikut:
 
 Tajuk : " UNSEEN THREATS: HOW YOUR UNIFORM COULD BE A CARRIER OF DISEASE "
 
 Penceramah : KJ Havlyneh Vivi (Jururawat U6)
 
Tarikh
:
26 March 2025 (Rabu)
Masa
:
10.30 Pagi -12.30 Tengahari
Tempat
:
Bilik Kuliah, Aras 1, Pusat Rawatan Warga, UMS.
 
 
Yuran pendaftaran
:
RM10/pax
Pautan pendaftaran
:
Bayaran kepada
:
AMBANK 
8881042014287
Hospital Universiti Malaysia Sabah
Reference 1: Infection Control Talk Series 3/2025
Reference 2: Nama Peserta 
 
*KAKITANGAN HUMS/UMS ADALAH PERCUMA
*E-Sijil akan diberikan
 
Kehadiran dan sokongan YBrs Prof/ Dr./Tuan/Puan ke ceramah ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari telah menyediakan hebahan infografik sebagai pemakluman kepada seluruh JAFPIB mengenai Tindakan Pelaksanaan Aktiviti Pelupusan Aset Alih Di semua JAFPIB UMS untuk tindakan.

 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Sektor Pengurusan Harta & Risiko di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian. Terima Kasih

 

 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kejuruteraan

 

Iklan Kekosongan Jawatan Akademik Fakulti Kejuruteraan UMS

Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan akademik.

Maklumat lengkap berkenaan iklan ini boleh diperolehi melalui Laman Web Utama FKJ https://www.ums.edu.my/fkj/ UMS.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
 
Dikongsikan poster Refleksi Integriti Jabatan Bendahari Bil.1/2025 : "Tuntutan Palsu Adalah Kesalahan Jenayah" sebagai peringatan bersama. Turut dikongsikan pautan sorotan berita berkaitan untuk bacaan dan rujukan lanjut. 
 
Pautan berita: 
 
  1. Kemuka tuntutan kerja lebih masa palsu, penolong pegawai perubatan & 4 jururawat ditahan
     
  2. Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
     
  3. Kakitangan kerajaan ditahan disyaki buat 41 tuntutan palsu penginapan hotel 
     
  4. Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman
     
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan terima kasih. 
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Sukacita dimaklumkan Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik [PPKA] menjemput bersama program PPKA TALK SERIES RAMADAN : FORMULA KEWANGAN SEBELUM PERAYAAN 
Tarikh : 14 Mac 2025 (Jumaat) 
Masa : 9.30 pagi
Meeting number (access code): 2640 347 0670
Meeting password: QJcxd6Gfm64
 
Penceramah :
Dr. Amer Azlan bin Abdul Jamal
Timbalan Pengarah (Kecemerlangan Akademik)
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik, UMS
 
✅ Semua dijemput hadir 
✅ Mata IDP akan diberikan
 
Terima kasih.