Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

JOM DAPATKAN PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN PENGENDALI MAKANAN! ✨
Anda ingin memulakan perniagaan makanan sempena bulan Ramadan? Pastikan kesihatan anda terjamin dengan pakej pemeriksaan khas untuk pengendali makanan di Poliklinik UMS!
✅ Pemeriksaan Fizikal
✅ Konsultasi Perubatan
✅ Vaksin Typhoid
✅ Pemeriksaan Najis
✅ X-ray Dada
💰 Hanya RM146.00 (Tanpa suntikan Typhoid: RM88.00)
📞 Hubungi kami sekarang!
📲 Call/WhatsApp: 088-329049
Kesihatan terjamin, perniagaan lancar!
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

ZAKAT: MEMBERSIHKAN HARTA, MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
 
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Surah At-Taubah : Ayat 103)
 
Pusat Islam UMS menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara potongan melalui gaji yang lebih mudah, selamat dan perbelanjaan bulanan yang lebih terancang. Perkhidmatan ini dinamakan Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang boleh diakses melalui sistem HR online UMS. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan akan tertera dalam penyata gaji bulanan. Anda tidak perlu ke kaunter fizikal bagi tujuan ini. Semudah perkhidmatan di hujung jari anda.
 
Bagaimana hendak memulakan atau menambah potongan zakat Anda?
Sila ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke Sistem HR online UMS
- Pilih Menu
- Pilih Pusat Islam UMS
- Pilih Zakat Penggajian
 
Jom mula potong...
 
Sebarang Persoalan, boleh menghubungi perunding zakat kami:
Puan Noorisah (wa.me/60132855378)
Puan Kartini (wa.me/60198042698)
Cik Raysha (wa.me/60168505856)
Encik Hilmi (wa.me/60143919821)
 
088-320 624 (Hotline)
 
#zakatmembawaberkat
#mudahberzakatbersamapiums
#pzb
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

 

Majlis Aspirasi Pendaftar Tahun 2025 akan diadakan secara dalam talian pada 27 Februari 2025 (Khamis) jam 2.00 petang.

Semua warga kerja UMS dijemput untuk mengikut majlis tersebut dengan melayari pautan seperti berikut : https://rb.gy/akwj9v

Sekian, terima kasih.