Pengumuman Daripada: Pusat Alumni

 

 

JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI  ‎'Raya! Rayakan Alumni'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni bersama Pertubuhan Alumni UMS dan Chapter Alumni Fakulti akan mengadakan Majlis Hari Raya, Raya! Rayakan Alumni seperti ketetapan berikut:   

🗓TARIKH :  30 April 2024 (Selasa) 

⏰MASA : 11pagi - 2 petang

🏠TEMPAT : Dataran Dewan Canselor UMS

 

Oleh yang demikian pihak kami berbesar hati menjemput Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik ke majlis ini. Semoga dengan kehadiran Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik dapat memeriahkan lagi rumah terbuka raya kami yang akan berlangsung nanti.  

 

Semua di jemput hadir.

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar

 

 

Assalammualaikum wbt. dan Salam sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Bersama ini dimajukan poster pemakluman yang jelas maksudnya untuk hebahan kepada kakitangan yang berkaitan.

 

Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan & Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

🧮 CARA MENGIRA ZAKAT PENGGAJIAN🧮

 

Kaedah 1

Tanpa tolakan = Gaji Kasar x 2.577% (mengikut tahun masihi)

 

Kaedah 2

Dengan tolakan = (Gaji Kasar - Tolakan) x 2.577% (mengikut tahun masihi)

 

Tolakan yang dibenarkan adalah meliputi diri sendiri, anak, ibubapa, KWSP, dan Tabung Haji.

 

📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍

 

Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat

Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang

Tempat: Pusat Islam UMS

 

Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:

Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)

Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)

Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)

Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)

 

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."

 

(At - Taubah 103)

 

#zakatmembawaberkat

#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan (BPG), Jabatan Pendaftar

 

 

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dimohon untuk mengisi Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan BPG melalui imbasan kod QR atau menekan pautan https://shorturl.at/kASUX

 

Pihak kami amat menghargai maklum balas yang telah diberikan oleh YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.