PENGUMUMAN DARIPADA :  SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)

SUBJEK : JEMPUTAN CADANGAN PENYELESAIAN TEKNOLOGI DARIPADA INDUSTRI/PERUSAHAAN DI SABAH DI BAWAH PROGRAM PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN)

Untuk makluman, program PPRN adalah inisiatif inovatif KPM sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada KPM dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan yang berpacukan permintaan. Melalui program ini, pengetahuan dan kemahiran penyelidik tempatan (ahli akademik dan bukan akademik) daripada institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan disebarkan dan digunapakai untuk membantu pihak industri dalam menyelesaikan pemasalahan teknologi yang mampu untuk menambahbaik atau menambah nilai produk atau proses pengeluaran produk mereka. Hasil daripada kerjasama di antara penyelidik dan industri ini membantu dalam:

  • meningkatkan produktiviti industri
  • mengaplikasikan kepakaran penyelidik melalui penyelidikan berpacukan permintaan (demand driven)
  • mewujudkan knowledge friendly ecosystem di Malaysia melalui kerjasama penyelidikan di antara sektor swasta dan awam.

Dalam pelaksanaan projek PPRN ini, sumbangan skala dana/geran pembiayaan KPM berdasarkan jualan tahunan syarikat. Sila rujuk garis panduan PPRN 2.0 yang dilampirkan.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa enam (6) industri/perusahaan di Sabah telah berjaya disenarai pendek oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai layak untuk menghadiri sesi pemadanan (matching) dengan penyelidik di bawah program Public-Private Research Network (PPRN). Pemasalahan tersebut telah dikenalpasti melalui bengkel PPRN yang telah dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (ERDEC), Universiti Malaysia Sabah.

Penyelidik UMS yang berminat perlu mengemukakan cadangan penyelesaian pemasalahan teknologi berserta dokumen-dokumen berikut selewat-lewatnya pada 26 September 2019 sebelum pukul 5.00 petang kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.:

  1. Kertas Cadangan Penyelesaian mengikut format PPRN;
  2. Borang PPRN – C1 (Non-Disclosure Agreement).

Hanya penyelidik yang mengemukakan cadangan penyelesaian sahaja akan dijemput untuk menghadiri bengkel pemadanan (matching) yang akan dihadiri oleh industri/perusahaan  dan penyelidik. Sebarang pertanyaan boleh merujuk pegawai berikut:

-       1) Prof. Madya Dr. Homathevi Rahman ; Ext. 613803,  email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-       2) Pn. Rozaidah Amir Hussein ; Ext. 613806, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-       3) Cik Masrina binti Maujar ; Ext. 613815, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Dr. /Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai. Terima kasih.

Muat Turun Lampiran

 

 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR

SUBJEK: HARI KELUARGA DAN 'WALK FOR WELLNESS' PUSPANITA CAWANGAN SABAH TAHUN 2019

 

Tarikh : 19 Oktober 2019 (Sabtu)

Masa : 6.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Dewan Serbaguna dan Perkarangan Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Aktiviti : Hari Keluarga dan Walk For Wellness PUSPANITA Cawangan Sabah Tahun 2019

Sehubungan itu pihak PUSPANITA menjemput kepada ahli-ahli yang berdaftar untuk menyertai aktiviti tersebut. Bersama ini dilampirkan surat dan dokumen untuk rujukan dan perhatian kepada semua kakitangan di JFPIB yang menjadi ahli kepada PUSPANITA.

 

 

PENGUMUMAN DARIPADA: FPEP

SUBJEK: "GARAGE SALE @ FPEP"

Dijemput warga UMS untuk hadir ke FPEP GARAGE SALE pada 27 September 2019 (Jumaat) bertempat di Foyer FPEP, UMS. Aktiviti ini bermula dari 8.00 pagi sehingga 3.00 petang. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi sekretariat melalui whatsapp (013-8531882).