PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR

SUBJEK: HEBAHAN IKLAN JAWATAN SAMBILAN PENSYARAH/JURULATIH/DEMONSTRATOR SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM SESI 2019/2020

 

IKLAN JAWATAN SAMBILAN

PENSYARAH/JURULATIH/DEMONSTRATOR SAMBILAN

KURSUS KOKURIKULUM

SESI 2019/2020

 

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi kursus kokurikulum yang disenaraikan dalam komponen seperti berikut (rujuk jadual mengikut komponen):

  • Komponen Kepimpinan dan Kemasyarakatan
  • Komponen Kebudayaan dan Kesenian
  • Komponen Sukan dan Rekreasi
  • Komponen Bisnes, Agrotek dan Teknologi
  • Komponen Wajadiri

 

Kod lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut (bertanda √ dalam jadual):

  • BKI: Kampus Induk (Kota Kinabalu)
  • LBU: Kampus Antarabangsa Labuan
  • SDK: Kampus Sandakan

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP), sila layari laman sesawang http://www.ums.edu.my/pkppv2/

PENGUMUMAN DARIPADA: KLUSTER EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UMS
SUBJEK: GARIS PANDUAN TERKINI EKSA JILID 6   

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Garis Panduan EKSA Jilid 6 telah dikemaskini mengikut perubahan dan kesesuaian semasa universiti yang telah dikemaskini pada 16 Julai 2019 (Selasa). Pengemaskinian yang telah dilakukan adalah seperti berikut :

Pelaksanaan Amalan EKSA

Struktur Amalan EKSA Mengikut Pecahan Bahagian

Ø  Bahagian 5

Ø  Bahagian 6

Komponen B : Ruang Kerja Dan Tempat Kerja

Penyeragaman EKSA (Kekemasan dan Kebersihan)

Ø  Perhiasan di ruang kerja kubikal maksimum 5 item sahaja.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Ketua Bahagian agar dapat memastikan tatacara EKSA mengikut Garsi Panduan EKSA UMS yang telah diberikan. Dilampirkan Garis Panduan EKSA Jilid 6 untuk rujukan dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)

Subjek:  Permohonan dan Pelaporan Secara ONLINE Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (SMPPPI)


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Bermula pada tahun 2019, permohonan-permohonan dan pelaporan hendaklah dibuat secara online menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) (ppi.ums.edu.my) seperti berikut:

 

  • Permohonan pelanjutan tempoh projek penyelidikan;
  • Permohonan perubahan skop projek penyelidikan;
  • Permohonan pertukaran / pertambahan ketua penyelidik / ahli penyelidik; dan
  • Laporan kemajuan / akhir projek penyelidikan.

 

Dilampirkan bersama ialah USER MANUAL untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.

 

Sekian, terima kasih.