Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Subjek
: Makluman Kerja-Kerja Penyelenggaraan Rangkaian Tanpa Wayar
 
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan rangkaian tanpa wayar di Pusat Data pada ketetapan berikut :
TARIKH
: 29 November 2017
MASA
: 5.00 Petang - 8.00 Petang
 
Sepanjang tempoh penyelenggaraan ini, perkhidmatan rangkaian tanpa wayar akan mengalami gangguan di lokasi berikut :
1.
Kampus Induk
2.
Kolej Kediaman Kingfisher
3.
Kolej Kediaman Usia
4.
Kolej Kediaman Sri Angkasa
5.
Pusat Perubatan dan Pendidikan Desa, Sikuati
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Pengumuman Daripada
: Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan
Subjek
: Bengkel Penulisan Ilmiah dan Pengurusan Artikel bersama Dr. OT
 
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa program Kewangan Antarabangsa (HE19), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Bengkel Penulisan Ilmiah dan Pengurusan Artikel (PIPA) bersama Dr. Othman Talib pada 8 Dis dan 9 Dis 2017 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di Kampus Antarabangsa Labuan.
 
Bagi tujuan itu, disertakan bersama adalah poster hebahan dan pautan pendaftaran melalui google form bagi tujuan pendaftaran atas talian. Pendaftaran sedang dibuka dan penyertaan dari semua pihak amat dialu-alukan. Sebarang kemusykilan boleh terus berhubung dengan saya Cik Noor Muafiza Masdar (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
 
Akhir kata, kerjasama dan penyertaan dari YBhg. Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
Salam hormat.
 
 

Pengumuman Daripada
: Gimnasium PFRC Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Subjek
: Penutupan Gimnasium PFRC Fakulti Psikologi dan Pendidikan Pada 01 Disember 2017
 
Pengguna Gimnasium PFRC Fakulti Psikologi dan Pendidikan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Gimnasium akan ditutup bersempena dengan cuti umum pada ketetapan  berikut:-
  • 01 Disember 2017      –   Maulidur Rasul (Jumaat) 

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS

SUBJEK: PENAIKTARAFAN SERVER VIRTUA PERPUSTAKAAN

 
Salam sejahtera, 
 
Makluman kepada semua warga UMS, webvirtua.ums.edu.my akan ditutup (down) sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penaiktarafan Virtua pada 2 Disember 2017 dan 4 - 8 Disember 2017. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian dan terima kasih.