PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
 
YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS (SGPUMS) FASA 2/2016
1) SKIM PENSYARAH LANTIKAN BARU (SPLB)
2) SKIM PENYELIDIKAN BIDANG KEUTAMAAN (SPBK)
 
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Skim Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS) kini sedang dibuka untuk sepanjang tahun sehingga 30 Disember 2016 [Jumaat] sebelum jam 5.00 Petang. Skim ini terbahagi kepada dua iaitu Skim Pensyarah Lantikan Baru (SPLB) dan Skim Penyelidikan Bidang keutamaan (SPBK) untuk ditawarkan kepada penyelidik yang berkelayakan mengikut kriteria seperti berikut:
 
1.      Skim Penyelidikan Pensyarah Lantikan Baru (SPLB)
  • Bidang Sastera dan Sains Sosial : RM10,000.00 sahaja
  • Bidang Sains : RM20,000.00 sahaja
1.1 Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja dan ditawarkan hanya sekali sahaja sepanjang  perkhidmatan pemohon.
  • Baru menyertai UMS atau dilantik sebagai pensyarah gred DS51 dan ke bawah;
  • Baru balik dari melanjutkan pengajian PhD dengan syarat belum pernah mengetuai sebarang projek penyelidikan (universiti/kebangsaan/antarabangsa) sepanjang perkhidmatan sebelumnya;
  • Tempoh perkhidmatannya tidak melebihi dari 2 tahun selepas tarikh melapor diri.
 
2.             Skim Penyelidikan Bidang Keutamaan (SPBK)
 
2.1 Skim ini bertujuan untuk membantu penyelidik atau kumpulan penyelidik untuk memulakan sesuatu projek penyelidikan keutamaan yang bernilai strategik kepada universiti. Siling peruntukan untuk skim ini berjumlah RM 30,000.00 sahaja. Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja.
 
  • Bukan dalam kategori SPLB 1.3 (i), (ii), (iii) di atas;
  • Keutamaan diberi kepada pensyarah Gred DS54 dan ke bawah; dan
  • Tidak mengetuai sebarang projek penyelidikan semasa permohonan.
Pemohon hendaklah menghantar permohonan menggunakan Borang PPI/SGPUMS/1 melalui F/P/I/U masing-masing. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja sama ada SPLB atau SPBK dalam satu fasa. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Urusetia, Seksyen Penyelidikan, PPI seperti berikut:
 
NAMA URUSETIA
NO. SAMB.
EMEL
Puan Zainoriah Matnoor
4146
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norapidawati Mohd Yunus
1063
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Dilampirkan bersama ini Garis Panduan SGPUMS dan Borang permohonan.
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: KOPERASI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERHAD (KoUMS)
SUBJEK HEBAHAN:  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KoUMS KALI KE-11
PEGAWAI DIHUBUNGI: EN. KUSNADI NURDIN
 
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-11 KoUMS yang akan diadakan pada 27 September 2016 tahun ini.  
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof. Datuk, Datin, Dr. Tuan dan Puan untuk mengembalikan borang permohonan di Pejabat Koperasi UMS Berhad di Bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Anjung Siswa) pada 19 September 2016 hari isnin atau faks terus di no faks 088320713.
 
Lampiran:

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
 
STATUS : PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN                   
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V2/index.php/en/easy-access/borang-borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 13 Oktober 2016. 
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: URUSETIA KEKAUMAS
SUBJEK: KEJOHANAN BOLING BERPASUKAN PIALA KEKAUMAS 2016
 
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) akan menganjurkan Kejohanan Boling Berpasukan Piala KEKAUMAS 2016 untuk julung kalinya. Objektif kejohanan ini diadakan supaya dapat mewujudkan budaya gaya hidup sihat dan daya saing di samping ahli-ahli KEKAUMAS serta memberi peluang kepada ahli agar dapat berinteraksi dan bersosial.
 
BUTIRAN PERTANDINGAN
Tarikh Pertandingan: 12 November 2016
Tempat: My Bowl, 1 Borneo Hypermall
Masa:  9.00 pagi – 2.00 Petang
Yuran: RM 60.00 untuk setiap pasukan
Syarat Penyertaan: 
  • Terbuka kepada ahli KEKAUMAS sahaja.
  • Setiap pasukan diwakili oleh 3 orang pemain aktif (tiada had tertentu pemain lelaki atau wanita) dan mesti mewakili Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit yang sama.
  • Setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit boleh menghantar maksimun 2 pasukan.
 
YURAN DAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Pembayaran yuran penyertaan RM 60.00 adalah secara tunai dan perlu diserahkan kepada :
En. Rahmat Bin Kasmin (013-854 0362)
Pn. Zaitun Binti Marjan (012-878 5560)
 
Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada penganjur sebelum atau pada 28 Oktober 2016.
 
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai kejohanan ini sila hubungi:
 
En. Othman Bin Hj  Rawi (012-843 2868)
En. Harun Bin Tambiri ( 010-810 8538) 
 
Sekian, terima kasih.
 
“SETIA BERSAMA”