Pengumuman Daripada: Jabatan Farmasi, Hospital UMS

 

📒 Jom Bawa Buku Kuning (Kad Janji Temu Pesakit NCD) Untuk Keselamatan Ubat Anda
 
Setiap kali ke klinik atau farmasi, jangan lupa bawa Buku Kad Janji Temu Pesakit NCD anda. Buku ini membantu doktor dan ahli farmasi menyemak ubat, dos dan alahan dengan tepat.
🛡️ Kenapa Penting?
✔ Elak ubat berganda
✔ Cegah kesan sampingan
✔ Pastikan rawatan lebih selamat

🟡 Buku Temu Janji Kuning = Keselamatan Anda
Bawa setiap kali berubat.
Kami sedia membantu ❤️
 
 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

📘✨ Program Telaah: The Anxious Generation ✨📘
 
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah menjemput anda menyertai Program Telaah: The Anxious Generation, sebuah perkongsian ilmu yang membincangkan cabaran kesihatan mental generasi masa kini.
 
Program ini akan berlangsung pada 12 Februari 2026 (Khamis), jam 2.00–3.00 petang bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah.
 
Sesi ini akan dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr. Jurry Foo bersama panel Profesor Dr. Murnizam Hj. Halik. Program ini terbuka kepada warga UMS, IPTA, IPTS serta warga sekolah.
 
Ayuh hadir dan bersama-sama kita memahami isu kesihatan mental generasi hari ini.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

📣 HEBAHAN PENYERTAAN ITEX 2026
 
International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) merupakan platform berprestij yang membuka peluang kepada pencipta dan penyelidik untuk mempamerkan hasil inovasi kepada pelabur serta rakan industri di peringkat tempatan dan antarabangsa. Penyertaan dalam ITEX turut memberi peluang untuk meraih pengiktirafan serta bersaing merebut anugerah dan pingat berprestij.
 
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) dengan sukacitanya menjemput semua penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menyertai ITEX 2026, yang akan berlangsung pada:
 
🗓 18 – 20 Mei 2026
📍 Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
 
📌 SYARAT PENYERTAAN
 
✅ Pernah memenangi Pingat Emas PEREKA 2025
✅ Mempunyai perlindungan Harta Intelek
✅ Inovasi telah mencapai sekurang-kurangnya Tahap Prototaip (TRL 4)
 
📝 PENDAFTARAN
 
Sekiranya berminat, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
🔗 https://forms.office.com/r/TyqLPytd0v
 
🕔 Tarikh tutup pendaftaran: 6 Mac 2026
Hanya pemenang Pingat Emas PEREKA 2025 sahaja akan disenaraipendekkan.
 
📞 PERTANYAAN
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
 
* En. Mohd. Aiddy Suffian Abd Rashid
 📱 013-581 0910 | ✉️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
* Cik Janealee Jonis
 📱 0113-147 0940 | ✉️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
✨ Jangan lepaskan peluang untuk mengangkat inovasi anda ke pentas dunia!
 
#ITEX2026 #UMSInnovators #ResearchToImpact

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

CERAMAH KHAS AMBANG RAMADAN
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari
 
Pusat Islam UMS akan mengadakan Ceramah Khas Ambang Ramadan sebagai persediaan menyambut bulan yang penuh keberkatan dan keampunan pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
📅 Tarikh   : 12 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa     : 9.00 Pagi – 10.00 Pagi
💻 Tempat : Secara Dalam Talian
🔗 Pautan Penyertaan: 
 
 
Sehubungan itu, YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari dijemput hadir bagi mengambil manfaat daripada sesi perkongsian ilmu ini. Semoga kehadiran kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
 
📞 Pertanyaan: 011-3734 1337
 
#MasjidUMS 
#UMSShare 
#CeramahRamadan
#AmbangRamadan

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan OKU

 

Assalamualaikum dan salam sehjahtera,
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri sesi perkongsian seperti yang tertera;
 
Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
Masa: 2.30 petang - 3.30 petang
Tempat: Secara dalam talian melalui Webex
Penceramah: Cik Sarmila Muhd Sabir, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Digital
 
Sekian, terima kasih.