Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

SURAT MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS TAHUN 2026

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,


MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2026


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanat Naib Canselor 2026 yang akan diadakan pada 12 Februari 2026 telah ditunda ke tarikh baharu seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 13 Februari 2025 (Jumaat)
Masa   : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Canselor UMS (Warga Kampus Induk)
Penstriman Langsung:
i) Dewan Serbaguna Fakulti Pertanian Lestari (Warga FPL)
ii) Podium D, Aras Podium, UMSKAL (Warga UMSKAL)


3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, adalah dijemput untuk hadir ke majlis ini dan kehadiran adalah wajib. Mohon kemukakan pengesahan kehadiran kepada Ketua Pentadbiran JAFPIB masing-masing selewat-lewatnya pada 11 Februari 2026 (Rabu). Mata MyIDP akan diberikan kepada kakitangan yang hadir ke majlis ini. Bersama ini dilampirkan Atur Cara Majlis terkini untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.


Kerjasama dan kehadiran YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

KADAR NISAB SEMASA ZAKAT HARTA TAHUN 2026
 
💰 RM36,979.00
📌 Bersamaan nilai emas 85 gram
(1 gram : RM435.05)
 
KADAR ZAKAT HARTA ADALAH JUMLAH HARTA MINIMUM YANG DIKENAKAN ZAKAT 
 
KADAR INI TELAH DIPERSETUJUI OLEH SAHIBUS SAMAHAH MUFTI KERAJAAN NEGERI SABAH MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA ZAKAT DAN FITRAH NEGERI SABAH
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

🌙 PELAWAAN MENYERTAI KEMPEN INFAK SAHAM AKHIRAT PUSAT ISLAM UMS
 
Rebut peluang menabung saham akhirat melalui Infak Pusat Islam UMS yang boleh disertai secara potongan gaji melalui HR Online UMS. Infak anda bukan sekadar sumbangan, tetapi pelaburan akhirat yang berterusan pahalanya.
 
✨ Sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk:
🔹 Pembelian atau pembinaan bangunan masjid
🔹 Pembelian barangan serta keperluan masjid
🔹 Pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan masjid
 
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Saham Akhirat
 
🕌 Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
 
📞 Pertanyaan: Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320624
 
💛 Sedikit daripada kita, besar nilainya di sisi Allah.
Ayuh berinfak, jadikan ia saham akhirat yang berterusan.
 
#JomInfak
#InfakSahamAkhirat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari 

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa  Jabatan Bendahari, UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Jabatan.
 
Mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik agar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan https://tinyurl.com/w3286yye dan E-Rating Kaunter https://tinyurl.com/52dhecbp atau imbas kod QR yang tertera.

 

Halaman 1 dari 2083