Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI JALAN BORNEO (SEPANJANG JALAN FPT HINGGA FSMP) AKAN DILAKSANAKAN.

BAGI MENJAMIN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN DAN MELANCARKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PENGGUNA JALAN DINASIHATKAN UNTUK SENTIASA BERHATI-HATI SERTA MEMATUHI SEGALA ARAHAN DAN PAPAN TANDA KESELAMATAN BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI .

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

EKSPO HIBRID ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KE-10 (APKHE-10)

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Bertekad Cemerlang.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Ekspo Hibrid Asas Pembudayaan Keusahawanan Ke-10 (APKHE-10) akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh: 08 - 11 Disember 2025

Masa: 08.30 pagi – 04.00 petang

Lokasi: Ruang Parkir dan Laman Ceria, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMS

 

Program ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Pelbagai jualan makanan dan minuman yang menyelerakan akan diadakan selaras dengan tujuan program ini.

 

Program ini terbuka kepada seluruh warga UMS. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan ekspo dan menyokong para pelajar dalam usaha mereka.

 

Sekian, terima kasih.

 

Announcement From: UMS Library

 

📢 PUBLISHING YOUR RESEARCH & INNOVATION WITH IEEE
 
Don’t miss the opportunity to join our Writing Workshop with IEEE!
 
🗓️ 05 December 2025 (Friday)
🕗 8.30 AM – 11.30 AM
📍Venue: Ruang Majlis, UMS Library
 
👥 Guest Speaker:
✨ Mr. Alex Liu Yupeng, Manager, Client Services, Asia (IEEE)
 
🔗 Register now: https://forms.office.com/r/vEFXVmSMRS?origin=lprLink
 
📩 Enquiries: Puan Norazlynne (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
💡 Seats are limited (only 50 participants). Don’t miss out! 🤗
 
📚 Topics covered include:
i) Choices for publishing with IEEE: Journals & Conferences
ii) Manuscript preparation
iii) Submission & Peer Review process
iv) OA Publishing with IEEE: with special APC discount for Malaysian universities
v) IEEE Resources for author
 
#BacaBorneo2025
#BudayaIlmuUMS
#UMSLibraryOfficial
#CintaiIlmu
#PerpustakaanUMS
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainofBorneo

 

Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

 
Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  

“WEBINAR Ceramah Zero Scam: Pastikan Tiada Yang Tertipu"

 
Tarikh: 09 Disember 2025 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi – 11.30 pagi
Kaedah Secara atas talian melalui: Cisco Webex 
Penceramah: Ts. Dr Arif Mandangan, Pakar Bahagian Asimetrik, Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia, Pensyarah Kanan,Fakulti Sains dan Teknologi, UMS
 
Pautan Kursus: https: https://tinyurl.com/36kux9kj
 
✅ Terbuka kepada warga UMS
✅ Mata IDP disediakan
 
Anjuran:
Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia, 
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)
Universiti Malaysia Sabah