PENGUMUMAN DARIPADA:  FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
 
SUBJEK:  JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR INTERAKTIF SMART SHARING PROGRAMME (SHARP) : PENYALAHGUNAAN BAHAN & KAUNSELING PEMULIHAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) (SPADA), Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan seminar tersebut di atas pada 10 & 11 Oktober 2018 di Dewan Resital, UMS.
 
Antara objektif seminar adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta seminar tentang implikasi penggunaan bahan psikoaktif terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Seminar ini juga menekankan tentang kepentingan kesedaran dalam kalangan komuniti untuk membantu mencegah penyalahgunaan bahan dan pemulihan penagih dadah. Penceramah seminar ini adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing seperti Prof. Dato’ Dr. Mahmood Nazar (Profesor Psikologi CUCMS), YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Hussin (Mantan Pengarah AADK), Yang Arif. Dato’ Duncan Sikodol (Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah), Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Mohd Daud (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS) dan lain-lain.
 
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput dan memohon kerjasama pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri. untuk memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan dan pelajar di JFPIU. Bersama ini disertakan maklumat seminar untuk rujukan dan tindakan lanjut daripada pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri.
 
Untuk sebarang maklumbalas, pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri. bolehlah berhubung dengan En. Md Razali Saibin di talian 013-543 0833 atau Cik Nazatul di talian 019-5362175.
 
Semoga dengan keprihatinan YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri. di dalam perkara ini diucapan ribuan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA:     PUSAT LUAR UMS (PLUMS)

SUBJEK:     PENAWARAN PROGRAM SARJANA (KERJA KURSUS)  BAGI SESI KEMASUKAN FEBRUARI 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) kini membuka permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana (Kerja Kursus) kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi ambilan kemasukan Februari 2019.

PLUMS mempelawa kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di Kampus UMS Kota Kinabalu, Kampus UMS Sandakan, Kampus Antarabangsa UMS Labuan dan pusat pembelajaran PLUMS Tawau.

Mohon secara online sekarang melalui http://mohon.ums.edu.my/pasca/