Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Dan Teknologi

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains dan Teknologi (FST) ingin mendapatkan maklum balas berkenaan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. 

Pihak kami memohon maklum balas daripada YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster bagi meningkatkan mutu & kualiti perkhidmatan kami.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

 

Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  

YBhg Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02. Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) amat mengalu-alukan aduan/komen dan cadangan semua warga UMS  mengenai mutu penyampaian perkhidmatan PPST dengan mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan yang disediakan di pautan  https://erespon.ums.edu.my/kaunter/kepuasan_pelanggan?jafpib=PPST&id=104  atau mengimbas kod QR yang telah disediakan seperti dalam poster.
 
03. Segala kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PPST.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

KEMPEN INFAK SAHAM AKHIRAT 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
Rebutlah peluang menabung saham akhirat melalui Infak Pusat Islam UMS yang dilaksanakan secara potongan gaji melalui HR Online.
 
 Sumbangan infak anda akan dimanfaatkan bagi:
▪️ Pembelian barang dan peralatan keperluan masjid
▪️ Pembelian keperluan bagi tujuan naik taraf fasiliti masjid
▪️ Pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan masjid
 
📖 Sabda Nabi SAW:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat Tirmidzi)
 
📲 Cara menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Saham Akhirat
 
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320624
 
 Sedikit daripada kita, besar nilainya di sisi Allah.
Jom berinfak dan jadikan ia saham akhirat berterusan.
 
#JomInfak
#InfakSahamAkhirat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Dimaklumkan bahawa permohonan Penubuhan Syarikat Pemula (Start-Up) dan Syarikat Terbitan (Spin-Off) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi Fasa 1 Tahun 2026 dibuka seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh Dibuka: 9 Januari 2026 (Jumaat)
Tarikh Ditutup: 04 Februari 2026 (Februari)
 
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi PPIP di
👉 https://ums.edu.my/ppip/
 
Salinan asal borang yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP).
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi:
En. Mohd Aiddy Suffian Abd Rashid (013-581 0910) atau
Pn. Adelista Adnan (011-1415 7020).
 
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)
Universiti Malaysia Sabah
 
#UMSBrainOfBorneo
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Integriti UMS

 

Komitmen Integriti Sebagai ‘Way Forward’ di Universiti Malaysia Sabah
 
[ARTIKEL BIUMS Siri 1/2026]
 
Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS
 
 
Integriti Teras Keunggulan UMS
 
Dikeluarkan oleh : 
Bahagian Integriti UMS (BIUMS)