Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Dapur Rahmah (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk Program Iftar (Berbuka Puasa) Sepanjang Bulan Ramadan,  Iftar (Berbuka Puasa) Isnin dan Khamis, Kupon Makanan Percuma, Pek Makanan Percuma Infaq Anjung Rahmah, Pek Makanan Percuma Kelas Tafaqquh Fiddin Dan Lain-lain aktiviti kebajikan. 
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Infak Dapur Rahmah
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.

 #infakdapurrahmah
#umsshare
#umsleadingtowardsinnovativesocieties

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

🎉 SELAMAT MAJU JAYA AUDITEE UMS! 🎉
Kami ingin menyampaikan sokongan penuh dan ucapan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua JAFPIB yang terlibat dalam Audit Pematuhan Ke-2 ini!
Fokus utama audit kali ini adalah bagi pensijilan:
  1. Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) 2nd Surveillance ISO 45001:2018.
  2. Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya (RTSMS) MS ISO 39001:2013.
Kami yakin dengan segala persiapan yang telah dilakukan. Semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama terbaik dan menunjukkan komitmen cemerlang dalam mengamalkan sistem pengurusan keselamatan & kesihatan Pekerjaan dan Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya
Senarai Pihak yang Diaudit (Auditee): (Sila rujuk pada senarai penuh dalam poster)
  • SPKKP: UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Jabatan Bendahari, Fakulti Pertanian Lestari, Fakulti Sain Makanan dan Pemakanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Bahagian Perkhidmatan Akademik, Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkormesialan, Pusat Pengurusan Ecofarm, Pusat Pengurusan Penyelidikan, Pusat Penataran Ilmu & Bahasa dan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif.
  • RTSMS: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Bahagian Keselamatan UMS.
🗓️ Tarikh Audit: 19 – 21 November 2025 
🔍 Badan Pensijilan: NIOSH Certification Sdn Bhd
 
Mari kita sama-sama pastikan kelancaran proses audit ini dan membawa nama UMS ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi!
 
#SelamatMajuJaya #AuditeeUMS #AuditPematuhan #ISO45001 #ISO39001 #UMS #NIOSH #QualityManagement #BertamadunCemerlang

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

 
🎉 SELAMAT DATANG JURUAUDIT! 🎉
bagi  AUDIT PEMATUHAN KE-2 :
 
✅ Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ISO 45001:2018 dan
✅ Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya (RTSMS) MS ISO 39001:2013 (2ND STAGE)
 
Kami mengalu-alukan barisan Juruaudit yang berdedikasi:
  • En. Noor Irsyad Shafiq Che Hat (Ketua Juruaudit)
  • En. Mohd Amin bin Adrah (Juruaudit)
  • En. Jika bin Gukab @ George Guka (Juruaudit)
  • En. Mohd Azfar bin Mohd Saad (Juruaudit)
  • Cik Nur Atikah binti Samsudin (Juruaudit)
🗓️ Tarikh: 19-21 November 2025 
📍 Lokasi: Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
 
Sokongan dan kerjasama anda amat dihargai untuk memastikan kelancaran dan kejayaan audit ini. Bersama kita menuju kecemerlangan dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekejaan dan keselamatan jalan raya !
 
#AuditPematuhan #ISO45001 #ISO39001 #KeselamatanPekerjaan #KeselamatanJalanRaya #UniversitiMalaysiaSabah #UMS #NIOSH #QualityManagement #BertekadCemerlang

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

Dimaklumkan bahawa Kaji Selidik Darjah Kegembiraan (DK-UMS) bagi Tahun 2025 kini dibuka untuk pengisian melalui QR yang tertera atau pautan di bawah;

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index 

 

Please answer the UMS Happiness Index Survey through this link:

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index 

Thank you.

 

4 mata IDP UMUM akan diberikan kepada kakitangan yang mengisi kaji selidik ini.

Halaman 1 dari 2019