Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM)

 

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  

Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambahbaik mutu perkhidmatan PKLM.  

Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Announcement From: Jabatan Perpustakaan

 

 

📢 VERIFICATION FOR ARTICLES & PROCEEDINGS 2025

 

Please submit your documents before 19 December 2025 to avoid any delay in the verification process😉

 

For enquiries, kindly contact us via WhatsApp:

🟢 Main Library: 013-8088222 / 088-320232

🟢 Medical Library: 088-329055

🟢 Sandakan Library: 089-634200

🟢 KAL Library: +6087-503119

📩Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan 

 

 

Tarikh Mula: 11 Disember 2025 Sehingga 22 Disember 2025

Kawasan Jalan Yang Ditutup Separuh: (Rujuk Lampiran)

Adalah dimaklumkan bahawa kerja penyelenggaraan jalan di jalan canselor akan dilaksanakan. Bagi menjamin keselamatan pengguna jalan dan melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi segala arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Segala kesulitan amat dikesali.

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

🎉🎉 KARNIVAL STI MADANI @ SK PEKAN BELURAN 2025 – JEMPUTAN TERBUKA! 🚀🌟
 
Orang ramai, para pelajar, ibu bapa dan komuniti Beluran dijemput hadir ke Karnival STI Madani Peringkat Daerah Beluran 2025 , sebuah program yang menghimpunkan ilmu, inovasi dan hiburan STEM di bawah satu bumbung!
 
📅 Tarikh: 15 Disember 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: Dewan SK Pekan Beluran
 
🌈 APA YANG MENANTI ANDA?
 
🔧 Bengkel Arduino & Robotik
🚁 Drone Challenge
🧱 Building Bridge Challenge
🌱 Bengkel Sains Pertanian
🎤 Ceramah Kerjaya STEM
🔍 Pameran PSN@U-Science dan Agensi Luar
🧪 Bicara Kanta U-Science
🎭 Science Show
🩺 Saringan Kesihatan oleh HUMS
 
✨ MASUK ADALAH PERCUMA!
 
Datang bersama keluarga, kawan-kawan, murid sekolah dan komuniti setempat untuk sama-sama menyemarakkan dunia Sains, Teknologi dan Inovasi!
 
Ayuh meriahkan karnival dan jadikan Beluran sebagai pusat inspirasi generasi STEM masa depan! 🚀🔥

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) kini membuka peluang kepada warga universiti untuk menyertai program Infak HELWA melalui potongan gaji bulanan.
 
Program ini bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dakwah dan pembangunan ummah yang melibatkan:
✅Majlis Khatam Al-Quran (Ramadan)
✅Usrah Nurani dan kelas mengaji untuk pelajar, kakitangan serta orang awam
✅Bengkel Tajwid dan pembelajaran Al-Quran
✅Pembangunan kemahiran warga UMS
✅Pembelian bahan-bahan seperti Al-Quran, Iqra’, buku Tajwid dan rehal
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Kelas Mengaji Helwa
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS: 088320624
 
#infakmengajihelwa
#umsshare