PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan:
PEKELILING PENDAFTAR:
- BIL. 6 TAHUN 2017: POLISI PENGURUSAN PERKHIDMATAN PERCETAKAN PEJABAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH;
- BIL. 7 TAHUN 2017: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2017); DAN
- BIL. 8 TAHUN 2017: TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
- BIL. 9 TAHUN 2017: HARI PELEPASAN AM TAMBAHAN PADA 24 APRIL 2017 SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 6, 7, 8 dan 9 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/ pendaftar/).
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.




Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan Oktober 2017. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.