Pengumuman Daripada
: Kelab Surirumah dan Staf Wanta Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)
Subjek
: Bayaran Yuran Penyertaan Program "Transformasi Diri Bersama Prof. Dr Muhaya" Melalui Potongan Gaji Bagi Kakitangan UMS
Pegawai Dihubungi
: Puan Stella @ Nurul Martini Gontol (013-830 8577)
: Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
: Puan Norazah Hamzah (019-870 1712)
 
 
BAYARAN YURAN PENYERTAAN  PROGRAM "TRANSFORMASI DIRI BERSAMA PROF. DR MUHAYA" MELALUI POTONGAN GAJI BAGI KAKITANGAN UMS
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) menyediakan kemudahan bayaran secara potongan gaji bagi kakitangan UMS yang ingin menyertai program ini. Sila berikan pengesahan kehadiran anda kepada urusetia sebelum atau pada 13 Februari 2017 (Isnin)
 
Kakitangan yang ingin membuat potongan gaji bolehlah mengisi borang yang dilampirkan dan kepada:
Puan Stella Nurul Martini Gontol - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norazah Hamzah - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Nurul Izza Md Nordin - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Liana Nasir - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Kempen Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah - Aktiviti Susun
Pegawai Dihubungi
: Cik Earlene Kasamira V. Bt Edham (013-852 9292)
: Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
 
 
KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH -AKTIVITI SUSUN
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan Oktober 2017. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.
 
3.   Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, dimohon kerjasama semua Ketua Jabatan bagi setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit agar dapat melaksanakan aktiviti EKSA yang kedua iaitu SUSUN. SUSUN barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ia mudah diambil.
 
Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek
: Jemputan Menghadiri Kursus Patent Searching Series: The Art & Mechanics 2017, Anjuran Akademi Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa, Akademi Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia akan menganjurkan Kursus Patent Searching Series: The Art and Mechanics pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh
: 21 – 23 Februari 2017
Lokasi
: Akademi Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Aras 12 A, Tower B, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.
Yuran Penyertaan
: RM1,050.00
 
Sehubungan itu,  YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan yang berminat adalah dijemput untuk menghadiri kursus tersebut. Segala kos perbelanjaan menghadiri kursus adalah dibawah tanggungan masing-masing.
 
Bersama ini dilampirkan brosur serta borang pendaftaran kursus untuk makluman dan rujukan lanjut YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia berikut:
 
Pn. Hanun/ En. Rezal : (No. Tel. ; 03-2299 8963/ 8586, Email ; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)
Subjek
: Jemputan Menghadiri Program "Transformasi Diri Bersama Prof. Dr Muhaya" Anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran KESUMBA & EXCO Hal Ehwal Wanita dan Perkhidmatan JAKMAS ( KOLEJ KEDIAMAN E)
Pegawai Dihubungi
: Puan Stella @ Nurul Martini Gontol (013-830 8577)
: Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
: Puan Norazah Hamzah (019-870 1712)
 
 
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM "TRANSFORMASI DIRI BERSAMA PROF. DR MUHAYA" ANJURAN BIRO PENDIDIKAN DAN PELAJARAN KESUMBA & EXCO HAL EHWAL WANITA DAN PERKHIDMATAN JAKMAS ( KOLEJ KEDIAMAN E)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, buat julung-julung kalinya Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) dengan kerjasamaExco Hal Ehwal Wanita dan Perkhidmatan JAKMAS (Kolej Kediaman E) akan menganjurkan Program Transformasi Diri bersama Profesor Oftalmologi yang juga seorang pakar inspirasi terkenal Prof Dr. Muhaya Mohamad pada 15 Februari 2017 (Rabu) jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang, bertempat di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah.
 
YURAN
 
Pelajar UMS
: RM10.00
Ahli KESUMBA
: RM15.00
Kakitangan UMS
: RM25.00
Penyertaan Luar
: RM50.00
 
Maklumat Perhubungan bagi pembelian tiket untuk Ahli KESUMBA/ Staf UMS/ Peserta Luar:
Puan Stella Nurul Martini Gontol
: (013-830 3577)
Puan Norazah Hamzah
: (010-870 1712)
Puan Nurul Izza Md Nordin
: (013-8500362)
 
Maklumat Perhubungan bagi pembelian tiket untuk pelajar UMS:
Cik Nurhazirah
: (017-4172 458)
 
Jgn lepaskan peluang keemasan ini.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.