PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI :  URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB;1034/4146/1065
SUBJEK:   JEMPUTAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN KELULUSAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN MELIBATKAN PENGGUNAAN HAIWAN, DAN KELULUSAN SEBAGAI INVESTIGATOR PROJEK

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sebagaimana yang Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan telah sedia maklum, Kod Amalan Untuk Penjagaan dan Penggunaan Haiwan bagi Tujuan Saintifik telahpun dinyatakan menerusi Pekeliling TNC(P&I) Bil. 2 Tahun 2015.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) bagi mendapatkan kelulusan menjalankan penyelidikan melibatkan penggunaan haiwan, dan kelulusan sebagai Investigator Projek seperti di lampiran.
 
Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga, permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Haiwan UMS (JEHUMS) yang dijadualkan akan bersidang pada 15 Jun 2017 (Khamis).
 
Sekian, terima kasih.
 
Lampiran:

Pengumuman Daripada
: Pusat Pengajian Pascasiswazah
Subjek
: Kaedah Pengajian Pascasiswazah UMS (2016)
 
Adalah dimaklumkan Kaedah Pengajian Pascasiswazah (2016) telah diluluskan di Mesyuarat Senat Bil. 10/2016 (Kali ke-143) pada 31 Oktober 2016.  Fakulti/Pusat/Institut adalah dipohon untuk merujuk kaedah ini untuk pengurusan pengajian pascasiswazah di UMS. Kaedah ini juga boleh dimuat turun dari laman web Pusat Pengajian Pascasiswazah melalui pautan berikut: http://www.ums.edu.my/pascav2/index.php/en/downloads
 
Dokumen lampiran :