Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 24 Ogos 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Unit Terjemahan dan Sunting UMS

 

 

Salam sejahtera YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

 

Unit Terjemahan dan Sunting UMS (UTUMS) dengan kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan menawarkan Kursus Asas Penterjemahan (Intensif) khas untuk staf UMS sahaja (pentadbir dan akademik) mengikut ketetapan berikut:

 

Tarikh: 23-28 September 2024 (Isnin-Sabtu)

Masa: 9.00 pagi-5.00 petang

Mod kursus: Dalam talian (Online)

Bahasa terjemahan: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Yuran: RM1000.00 seorang (bahan pembelajaran dan sijil)

Tarikh tutup pendaftaran: 18 September 2024 (Rabu)

 

Sorotan kursus:

  • Asas, teori dan teknik penterjemahan
  • Bahasa Melayu dalam terjemahan
  • Penterjemahan teks umum
  • Penterjemahan teks sains sosial
  • Penterjemahan teks sains teknologi

 

Kursus akan dijalankan oleh penatar ITBM yang berpengalaman.

 

Maklumat pembayaran kepada ITBM:

  1. Pindahan wang secara dalam talian
  2. Pesanan kerajaan (LO)
  3. Deposit mesin
  4. Cek tunai

 

Pautan pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScoQ2bqjwEHWiqkZJrUlmVzpFg4nVM0IZJoUA69vbRzlXD1MA/viewform?fbzx=-5357004303926077531

 

Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:

Dr. Wendy Hiew (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Dr. Rose Patsy Tibok (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)