Pengumuman Daripada: Penerbit UMS
Salam Sejahtera YBrs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,
Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) berbesar hati mempelawa ahli akademik dari Universiti Awam seluruh negara untuk menyumbang artikel berkaitan isu keselamatan dan ketenteraman awam, sama ada daripada sudut teori, polisi, kajian lapangan, atau pendekatan strategik bagi penerbitan Journal of Public Security and Safety (JPSS) tahun 2025.
Penulisan artikel yang dihasilkan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
i. Abstrak
ii. Pendahuluan
iii. Sorotan Literatur
iv. Metodologi
v. Dapatan/Analisa Kajian
vi. Kesimpulan dan Cadangan
vii. Rujukan
Artikel lengkap hendaklah dikemukakan melalui e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya 20 Jun 2025 (Jumaat). Artikel terpilih akan diterbitkan dalam dua (2) siri Journal of Public Security and Safety (JPSS) bagi tahun 2025.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada:
DSP Nor Azlinda binti Abdul Halim
📞 017-684 2825 | ✉️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak YBrs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan, amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian.