Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Surat Makluman Penghantaran Laporan Kemajuan Dan Laporan Akhir Bagi projek Penyelidikan Geran Dalam Fasa 1/2025
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
YBrs Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,
 
PENGHANTARAN LAPORAN KEMAJUAN DAN LAPORAN AKHIR BAGI PROJEK PENYELIDIKAN GERAN DALAM FASA 1/2025
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) menjalankan pemantauan berkala setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan selaras dengan Garis Panduan Pemantauan Penyelidikan UMS. Pemantauan ini penting untuk: 
  1. Memastikan projek penyelidikan dilaksanakan mengikut perancangan asal;
  2. Memantau kemajuan pelaksanaan penyelidikan, pencapaian output yang ditetapkan, dan penggunaan peruntukan kewangan; dan
  3. Membolehkan pemantauan berkesan di peringkat Fakulti/Akademi/Pusat/Institut (FAPI).
3.       Pemantauan Fasa 1/2025 melibatkan semua Geran Dalam yang telah berdaftar di PPP. Ketua Projek dikehendaki mengemukakan laporan berikut melalui sistem SMPPI:
Tempoh Penghantaran
:
6 MEI  2025 hingga 30 Jun 2025
Laporan Kemajuan
:
Projek yang masih berjalan
Laporan Akhir
:
Projek yang telah tamat tempoh
Kandungan Laporan
:
Status kemajuan penyelidikan, pencapaian output/KPI dan rekod perbelanjaan berdasarkan data terkini GRP9
Peranan Ketua Projek
:
Menghantar laporan melalui sistem SMPPI
Peranan FAPI
:
Menyemak dan memperaku laporan melalui sistem SMPPI
 
4.       Perlu diingatkan bahawa hanya laporan yang telah diperaku oleh FAPI akan disemak oleh PPP.
 
5.       Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada Pn. Hetty Hazwani Dzulkipli (013-8852373) atau Pn. Nurul Atikah binti A. Romzi (016-4687085).
 
6.       Kerjasama dan komitmen YBrs. Prof./Dr. dalam memastikan pelaksanaan pemantauan Fasa 1/2025 berjalan lancar amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
 
Adalah dimaklumkan, rakaman dan slaid bagi Bengkel Hands On Video Editing Using Apps Siri 1/2025: Canva yang telah diadakan pada 30 April 2025 yang lalu, telah tersedia untuk dimuat turun melalui CAED Repository atau melalui pautan yang berikut:
 
Rakaman
 
Slaid
 
Terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

Bahagian Perkhidmatan Akademik , Jabatan Pendaftar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan, bagi mencapai tujuan tersebut tuan/puan dipohon untuk memberi maklum balas dan cadangan dengan melengkapkan borang soal selidik ini.
 
Berikut pautan Kod QR E-Rating:
 
Berikut pautan Kod QR Kajian Kepuasan Pelanggan:

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan Kerjasama Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) Siri Madani Sesi 14/2025 seperti ketetapan berikut:

 

🌤 Hari : Rabu

🗓 Tarikh : 7 Mei 2025

⏰ Waktu : 8.00 Pagi – 4.30 Petang

🏛️Tempat : Dewan Kuliah 1 (Sesi Pagi) & Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (Sesi Petang), Universiti Malaysia Sabah

 

Pengesahan Kehadiran: https://forms.gle/Yaa3xr2fsJnL5aXb7

 

Announcement From: Hospital UMS

 

Labour Day Promotion 2025
Product Highlights
Balik Kampung Set Kit
Vivify Product
 
 
 
🎉 Happy Labor Day from HUMSPharma! 🎉
We're celebrating YOU — the hardworking heroes — with awesome discounts all through May! 🌟
 
Don't miss out — enjoy, save, and celebrate with us! 🛒✨
 
🎉 Selamat Hari Pekerja dari HUMSPharma! 🎉
Kami raikan anda — wira sebenar — dengan diskaun hebat sepanjang bulan Mei! 🌟
Jangan lepaskan peluang — jimat, nikmati dan sambut bersama kami! 🛒✨