Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Tahukah anda kita perlu makan sekurang-kurangnya separuh daripada bijirin harian kita sebagai bijirin penuh? Bijirin penuh kaya dengan vitamin B ( B1 Tiamin, B2 Riboflavin & B3 Niacin), vitamin E, mineral (magnesium, zink & selenium) serta serat diet.

Ketahui tip pemakanan sihat pada Hari Kemuncak NMM UMS, bertempat di FSMP UMS pada 24 Mei 2024, 8 pagi – 4 petang.

#NNM2024UMS #fsmpums #nutrition #nutriclub

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
 
YBhg. Prof./ Datuk/ Dr./Tuan/ Puan,
 
🥳Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah membangunkan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Awam (MyPsyD) bagi mengenalpasti tahap risiko kesihatan psikologi pegawai. 
 
🎗️Pengenalpastian risiko tahap kesihatan psikologi ini membolehkan setiap pegawai mengekalkan kesejahteraan di samping mengambil tindakan intervensi yang bersesuaian sekiranya tahap risiko kesihatan psikologi tinggi.
 
📍Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan hasrat mempromosikan kesejahteraan psikologi, semua pegawai adalah DIWAJIBKAN untuk melengkapkan profiling MyPsyD melalui pautan 
👇🏻
https://mypsyd.jpa.gov.my
👇🏻
Tempoh pelaksanaan di UA bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2024 
 
🖥️ Pihak YBhg. Prof./ Datuk/ Dr./Tuan/ Puan juga dimohon untuk kemas kini data peribadi dan data kesihatan kendiri di dalam HRMIS bagi melengkapkan profiling MyPsyD.
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni UMS

 

Salam Sejahtera,
 
YBrs. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni telah menerbitkan Alumni Newsletter edisi Jan-April Tahun 2024.
 
Imbas QrCode untuk mendapatkan newsletter anda atau klik pautan https://bit.ly/AlumniNewsletterVol12024
 
Newsletter terdahulu boleh dicapai di Laman Web Rasmi Pusat Alumni di pautan berikut : https://www.ums.edu.my/alumni/index.php/references/buletin-alumni
 
Sekian.
 
Ikhlas daripada
Pusat Alumni UMS
#StayConnected