PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI  (BPQ), JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : ​PENILAIAN BAGI ANUGERAH INOVASI UMS
 
YBhg Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Sukacita dimaklumkan, berdasarkan ketetapan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anugerah Inovasi yang telah diadakan pada 16 Mac 2018 yang lalu, Penilaian Anugerah Inovasi UMS ke seluruh JFPIU akan diadakan bermula 23 Mac 2018 (Selasa) sehingga 24 Mei 2018 (Khamis). Pemberitahuan ini bertujuan untuk rujukan warga UMS agar dapat membuat persediaan di JFPIU masing-masing. Sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi jawatankuasa berkaitan seperti berikut:
 
BIL.
NAMA JAWATANKUASA
JFPIU/
URUSETIA
1.      
Anugerah Tokoh Kepimpinan
Jabatan Pendaftar
URUSETIA:
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
2.      
Anugerah Kumpulan Penggerak Inovasi
Jabatan Pendaftar/
URUSETIA:
Bahagian Pengurusan Kualiti, Jabatan Pendaftar
3.      
Anugerah Pengurusan Kewangan
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
Jabatan Bendahari
URUSETIA:
Pentadbiran Jabatan Bendahari
4.      
Anugerah Penjanaan Pendapatan
5.      
Anugerah Penerbitan UMS
Penerbit UMS
URUSETIA: Penerbit UMS
6.      
Anugerah Laman Web
Fakulti Komputeran dan Informatik
URUSETIA: FKI
7.      
Anugerah Pengurusan Makmal
Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains
URUSETIA: PIPS
8.      
Anugerah Pengurusan Organisasi
Jabatan Pendaftar
URUSETIA:
Bahagian Pentadbiran & Governan, Jabatan Pendaftar
9.      
Anugerah Kreativiti Eco Campus
Jabatan Eco Campus
URUSETIA:
Pentadbiran Eco Campus
 
 
Perhatian dan kerjasama yang diberi berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V3/index.php/en/easy-access/borang-borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 27 April 2018 (Jumaat).

PENGUMUMAN DARIPADA: INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI
SUBJEK: JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL "NUCLEAR MAGNETIC RESONANCE (NMR) LIQUID- AND SOLID-STATE'
 
YBhg Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Bioteknologi akan mengadakan bengkel bertajuk "Nuclear Magnetic Resonance (NMR) Liquid- and solid-state (Theory and hands-on approaches) pada ketetapan berikut: 
 
 
Tarikh: 10-11 April 2018
Masa: 9.00 pagi - 4.00 ptg
Tempat: Makmal Instrumentasi, Institut Penyelidikan Bioteknologi
 
 
Yuran penyertaan bagi bengkel tersebut adalah seperti yang dilampirkan dalam risalah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Ling Yee Soon (samb.:8533) atau En Haslan Roslie (Sam.: 8421). 
 
Sekian, terima kasih.