Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

JEMPUTAN KE MAJLIS CERAMAH PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1446H/2024M
 
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS akan mengadakan Majlis Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 1446H/2024M pada ketetapan seperti berikut:
 
            Tarikh      : 18 Oktober 2024(Jumaat)
             Masa        : 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi
            Tempat     : Dewan Seminar Pusat Islam UMS
 
3.    Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan  dan pelajar dibawah seliaan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan ke majlis tersebut. Bersama-sama dengan ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 26 Oktober 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

📣 Jom datang ramai-ramai, kita meriahkan lagi Tamu ❤️Ilmu @Mylibrary sempena Majlis Konvokesyen UMS tahun 2024 kali ke-26 bermula pada :
 
🗓️ 07 Oktober - 01 Disember 2024
🕒 8.30 pagi - 8.00 malam
🏢 Perkarangan Bangunan Jabatan Perpustakaan UMS
 
✅ Lebih 30 vendor berniaga bersama kami !!!
 
Jumpa anda disana!🥰
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni

 

PENJUALAN TIKET MALAM ANUGERAH IKON ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Malam Anugerah Ikon Alumni UMS pada ketetapan seperti berikut:
 
🗓 Tarikh: 9 November 2024
📍 Tempat: Hilton Hotel, Kota Kinabalu
⏰ Masa: Jam 6.00 Petang - 10.00 Malam
Tema: Black & White Elegant
 
📌Tiket penjualan meja akan dibuka terhad kepada 10 meja sahaja ! Pusat Alumni mempelawa para alumni untuk memeriahkan malam penuh gemilang tersebut dengan pembelian tiket di pautan yang disediakan dibawah. 
 
📌Pembelian tiket melalui pautan ini (https://epayment.ums.edu.my/General.aspx) atau imbas kod Qr yang tertera di poster yang beserta langkah-langkah pembelian.
 
📌Tarikh tutup pembelian: 1 Nov 2024
 
📌Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pejabat Pusat Alumni di talian 088-329360 atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.