Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Adakah anda selalu rasa sakit otot atau ketegangan yang mengganggu? 😣 Jom cuba Rawatan Dry Needling di Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital UMS dengan DISKAUN ISTIMEWA! 🎯
 
💪 Kebaikan Dry Needling: 
✅ Melegakan ketegangan otot dengan pantas
✅ Kurangkan kesakitan kronik & akut
✅ Meningkatkan pergerakan sendi
✅ Pemulihan otot lebih cepat
✅ Tak perlu guna ubat, kualiti hidup lebih baik!
 
📅 Promosi sah dari 1 Okt - 31 Dis 2024. Jangan tunggu lagi, rawatan ini terbukti berkesan! 🏃‍♂️
 
📲 Daftar sekarang melalui link 👉 https://forms.office.com/r/EiRXvm1aMH untuk menempah slot anda. 🔥

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat

 

"TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR DAN WARGA UMS. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!"
 
 
JEMPUTAN MENGIKUTI KURSUS “OCCUPATIONAL PSYCHOLOGICAL FIRST AID” ANJURAN NIOSH MALAYSIA 
 
 
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, 
 
   
Perkara di atas adalah dirujuk. 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), sedang menjalankan Kursus Pertolongan Cemas Psikologi Pekerjaan (Occupational Psychological First Aid - OPFA) secara PERCUMA sehingga 31 Disember 2024 ini. Program percuma ini terbuka kepada 10,000 orang peserta yang terawal sahaja.
 
Objektif utama program OPFA ini adalah untuk memberikan pengetahuan serta kemahiran dalam merancang dan melaksanakan intervensi kesihatan mental, membantu individu yang berada dalam tekanan dan memahami konsep kesihatan mental di tempat kerja.
 
Kursus ini dijalankan selama 2 hari secara dalam talian dan mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di pautan :  https://edaftar.niosh.net.my/mhfa
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2024 dan sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang melengkapkan kursus 2 hari tersebut. 
 
NIOSH amat berbesar hati jika pihak YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dapat membantu mempromosi program ini dalam kalangan tenaga kerja dan pelajar di institusi YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. 
 
Jika institusi YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mempunyai lebih 200 peserta yang berminat untuk menyertai kursus ini, pihak kami bersedia untuk menghubungi pegawai berkenaan untuk memudahkan proses pendaftaran secara pukal. 
 
Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, pihak kami boleh dihubungi di talian OPFA, NIOSH 019-2289586 atau 019-2291652.
 
Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan amat kami hargai. 
 
Sekian, terima kasih.

 

Announcement From: UMS Library

 

📣Trial Database: ICE VIRTUAL LIBRARY
       [Starting from 1st October 2024]
 
📌ICE Virtual Library from ICE Publishing, the most comprehensive online civil engineering resource in the world. Here you can explore our archives back to 1836, browse ICE Publishing's internationally renowned journals and access over 1,500 eBooks to find the information you need.
 
👉Trial available through UMS Library Website
🌐https://www.ums.edu.my/library
🌐https://library.ums.edu.my/index.php/en/collection-new/e-resources-new#databases
 
👉ICE Quick Start Guide
https://bit.ly/iceQuickStartGuide
 
Happy exploring!😀
 
#TrialDatabase
#IceVirtualLibrary
#SharingKnowledge
#IncreasingKnowledge
#UMSLibrary

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Perhatian kepada semua pengguna Sistem ScholarOne:
 
•     Borneo Journal of Medical Sciences (BJMS)
•     Borneo Science
•     Malaysian Journal of Business and Economics (MJBE)
•     Gendang Alam
•     Journal of Tropical Biology & Conservation (JTBC)
•     Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB)
•     Labuan Bulletin of International Business and Finance (LBIBF)
•     MANU
 
Sistem ScholarOne akan tamat berkuat kuasa pada 30 September 2024.
 
Bagi penghantaran artikel (submission of articles), para pengguna adalah disarankan untuk menggunakan Sistem Jurcon (https://jurcon.ums.edu.my/ojums/).
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung terus dengan Ketua Editor jurnal yang berkenaan.
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Hebahan untuk mengemukakan Kertas Konsep bagi UM Global Transformation Research Grant 2024

Para penyelidik yang berminat boleh mengemukakan Kertas Konsep di pautan berikut: Borang Permohonan Kertas Konsep  ATAU imbas kod QR seperti tertera di dalam poster yang dilampirkan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2024 (Rabu).